Bilakudahbosan: April 2012

Sunday 15 April 2012

VIDEO KONTROVERSI : DEBAT LYNAS "BICARA RAKYAT"


Debat Lynas di RTM tak muncul-muncul - MALAYSIAKINI

Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

Sahabat Dunia dan Akhirat





"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Friday 13 April 2012

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

 
 
Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

LYNAS: Kenapa Perlu Boikot?

Assalamualaikum,



Anda mungkin tertanya-tanya kenapa perlu memboikot kilang Lynas? Kenapa perlu ada perhimpunan yang anda anggap sia-sia dan membuang masa? Anda mungkin juga terpengaruh dengan media elektronik mahupun media cetak yang menggembar-gemburkan kebaikan Lynas? Anda mungkin tertanya-tanya adakah Lynas membawa kebaikan atau keburukan pada kita? Apakah kesan terhadap orang sekeliling jika Lynas beroperasi?

Thursday 12 April 2012

Universiti As-Sofa

7 April 2012

Sejarah baru dunia Islam terlakar pada hari ini dengan penubuhan secara rasmi Universiti As-Sofa sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sepenuhnya berteraskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis Pemasyhuran Penubuhan Universiti As-Sofa telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa, di kampus Universiti As-Sofa di Dataran Sentral, Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Menyaksikan majlis pemasyhuran tersebut adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, Naib Canselor Universiti As-Sofa, Tuan Haji Dr. Yusri Bin Dato’ Mohamad, ahli Majlis Universiti As-Sofa, serta barisan ulama yang mewakili institusi-institusi besar Islam di seluruh dunia.

Wednesday 11 April 2012

Tsunami akan melanda Malaysia?

TSUNAMI = (T)uhan (S)uruh (U)mat (NA)bi (M)uhammad (I)nsaf

UPDATED April 11, 2012. 9:04 PM:

Amaran Tsunami dah ditarik balik..alhamdulillah

*********
Insya-Allah.. Tiada tsunami malam ni di Malaysia. Doakan yang terbaik utk saudara kita di Acheh. Sehingga post ini ditulis, tiada lagi mana-mana negara yang dilanda tsunami akibat gegaran petang tadi.. Apapun, semua dinasihatkan supaya berjaga-jaga...
*********

Contest: Jom Isi Kotak dan Menang

Assalamualaikum,


Nampak banner kat atas ni? Sila klik banner tersebut untuk maklumat lanjut berkenaan contest yang dianjurkan oleh abg zhaf kite yang ensem tuh (ayat bodek)...hahaha...contest ini memang menguji kreativiti otak korang sumer...aku give up..yang kat bawah ni je yang mampu aku buat..selamat membaca...

Tuesday 10 April 2012

إلـيــك (PadaMu Ya Allah)

***
DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair.
 ***




Sunday 8 April 2012

Cara Melajukan Connection Celcom Broadband

Assalamualaikum,

Anda pengguna Celcom Broadband? Anda selalu menggelarkan Celcom Broadband dengan gelaran Celcom BerukBeng? Atopun Celcom Beruk? Atopon Celcom Beruk Mak Yeh? Atopon Persatuan Beruk Beruk Sedunia? Tak kisahlah apa yang anda gelarkan... Disini aku ada satu cara untuk melajukan kelajuan connection Celcom Broadband yang anda panggil beruk itu. Walaupun cara ini tak semestinya selalu berkesan, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan tension anda. So, lepas ni moga-moga tak menambahkan lagi dosa anda yang selalu memaki hamun dengan nama beruk. Padahal beruk tak bersalah pon. Ha Ha Ha...kita proceed dengan cara-caranya.. Cara ini dipanggil proses PING. Cara ni dah lama tapi entry ini adalah bagi orang yang belum tau la...

My Blog List