7 April 2012
Sejarah baru dunia Islam terlakar pada hari ini dengan penubuhan secara rasmi Universiti As-Sofa sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sepenuhnya berteraskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis Pemasyhuran Penubuhan Universiti As-Sofa telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa, di kampus Universiti As-Sofa di Dataran Sentral, Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Menyaksikan majlis pemasyhuran tersebut adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, Naib Canselor Universiti As-Sofa, Tuan Haji Dr. Yusri Bin Dato’ Mohamad, ahli Majlis Universiti As-Sofa, serta barisan ulama yang mewakili institusi-institusi besar Islam di seluruh dunia.
![]() |
DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa (Kiri) |
![]() |
Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki (Dua dari kiri) |
![]() |
Habib Ali Zain al-`Abideen al-Jifri, ulama Hadramaut, Yaman. (Bertongkat) |
Sumber: http://yayasansofa.com
alhamdulillah, moga byk lg universiti mcm ni d tubuhkan,amin amin amin,,,,,
ReplyDelete