Bilakudahbosan: 2012

Monday 10 September 2012

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Sunday 9 September 2012

Kesihatan Dari Tapak Kaki



Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Thursday 5 July 2012

Makan Pasir

Assalamualaikum,

Lama tak menaip..Rasa janggal la pulak...Berbulan-bulan tinggalkan blog sampai dah bersarang buaye..Malas la nak citer kenapa lama tak update blog..lagipun bukan ramai pon bukak dan baca blog aku ni..

Hari ni aku ade satu citer yang agak baik untuk kite fikirkan same-same..moga dapat kite buka fikiran dan renung-renungkan dalam diri kite..kisah benar yang berlaku di ibukota yang penuh dengan pancaroba...kisah tentang manusia yang hidup hanya memikirkan dunia semata-mata...

Sunday 15 April 2012

VIDEO KONTROVERSI : DEBAT LYNAS "BICARA RAKYAT"


Debat Lynas di RTM tak muncul-muncul - MALAYSIAKINI

Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

Sahabat Dunia dan Akhirat





"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Friday 13 April 2012

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

 
 
Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

LYNAS: Kenapa Perlu Boikot?

Assalamualaikum,



Anda mungkin tertanya-tanya kenapa perlu memboikot kilang Lynas? Kenapa perlu ada perhimpunan yang anda anggap sia-sia dan membuang masa? Anda mungkin juga terpengaruh dengan media elektronik mahupun media cetak yang menggembar-gemburkan kebaikan Lynas? Anda mungkin tertanya-tanya adakah Lynas membawa kebaikan atau keburukan pada kita? Apakah kesan terhadap orang sekeliling jika Lynas beroperasi?

Thursday 12 April 2012

Universiti As-Sofa

7 April 2012

Sejarah baru dunia Islam terlakar pada hari ini dengan penubuhan secara rasmi Universiti As-Sofa sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sepenuhnya berteraskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis Pemasyhuran Penubuhan Universiti As-Sofa telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa, di kampus Universiti As-Sofa di Dataran Sentral, Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Menyaksikan majlis pemasyhuran tersebut adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, Naib Canselor Universiti As-Sofa, Tuan Haji Dr. Yusri Bin Dato’ Mohamad, ahli Majlis Universiti As-Sofa, serta barisan ulama yang mewakili institusi-institusi besar Islam di seluruh dunia.

Wednesday 11 April 2012

Tsunami akan melanda Malaysia?

TSUNAMI = (T)uhan (S)uruh (U)mat (NA)bi (M)uhammad (I)nsaf

UPDATED April 11, 2012. 9:04 PM:

Amaran Tsunami dah ditarik balik..alhamdulillah

*********
Insya-Allah.. Tiada tsunami malam ni di Malaysia. Doakan yang terbaik utk saudara kita di Acheh. Sehingga post ini ditulis, tiada lagi mana-mana negara yang dilanda tsunami akibat gegaran petang tadi.. Apapun, semua dinasihatkan supaya berjaga-jaga...
*********

Contest: Jom Isi Kotak dan Menang

Assalamualaikum,


Nampak banner kat atas ni? Sila klik banner tersebut untuk maklumat lanjut berkenaan contest yang dianjurkan oleh abg zhaf kite yang ensem tuh (ayat bodek)...hahaha...contest ini memang menguji kreativiti otak korang sumer...aku give up..yang kat bawah ni je yang mampu aku buat..selamat membaca...

Tuesday 10 April 2012

إلـيــك (PadaMu Ya Allah)

***
DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair.
 ***




Sunday 8 April 2012

Cara Melajukan Connection Celcom Broadband

Assalamualaikum,

Anda pengguna Celcom Broadband? Anda selalu menggelarkan Celcom Broadband dengan gelaran Celcom BerukBeng? Atopun Celcom Beruk? Atopon Celcom Beruk Mak Yeh? Atopon Persatuan Beruk Beruk Sedunia? Tak kisahlah apa yang anda gelarkan... Disini aku ada satu cara untuk melajukan kelajuan connection Celcom Broadband yang anda panggil beruk itu. Walaupun cara ini tak semestinya selalu berkesan, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan tension anda. So, lepas ni moga-moga tak menambahkan lagi dosa anda yang selalu memaki hamun dengan nama beruk. Padahal beruk tak bersalah pon. Ha Ha Ha...kita proceed dengan cara-caranya.. Cara ini dipanggil proses PING. Cara ni dah lama tapi entry ini adalah bagi orang yang belum tau la...

Friday 30 March 2012

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka




Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Thursday 29 March 2012

Potong Kaki Kerana Malas Kerja





MITTERLABILL (Austria) – Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Monday 26 March 2012

Auto Shutdown Untuk Windows 7: Cara Manual

Assalamualaikum,

How to automatically shut down your windows 7

Hari ni aku nak jadi cikgu. Aku nak ajar cara-cara untuk setting auto shut down tanpa memuat turun software. Sesuai bagi orang yang malas shut down komputer ataupun laptop. Sebelum ni aku suka pasang mp3 mengaji sambil tido..hahahaha :P Jadi aku pon cari la cara macam mana nak auto shutdown tanpa muat turun software. Bukan tak nak download tapi tak yakin dengan free software yang kebanyakannya ada virus.

Ok. Kita proceed kepada cara-caranya. Benda pertama sekali:

(KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)

Klik kat Start -> Control Panel:

Sunday 25 March 2012

Coldplay - Fix You (Boyce Avenue feat. Tyler Ward acoustic cover)

Assalamualaikum,

Mari kita nyanyi sama-sama..berkaraoke!!!


When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

Friday 23 March 2012

Aku RIndu Tok Wan


Assalamualaikum,

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. 

“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155

Aku sabar menanti di dalam bas yang bergerak dari Kuantan ke Kemaman. Ia mengambil masa sehingga hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi kerana bas bergerak amat perlahan dan selalu berhenti mengambil penumpang selain keadaan bas yang amat uzur. Sehingga orang yang sedang duduk didalamnya seperti menari-nari ketika bas bergerak.Fikiranku melayang sambil muzik sentimental bermain-main dalam fikiranku. Tidak aku menyangka masa cepat berlalu. Aku telah pun berada di semester kedua di sebuah kolej tajaan Mara. Dan tidak menjadi masalah bagiku untuk balik ke kampung halaman setiap minggu kerana jarak dari kolej ke rumah tidaklah jauh mana. 
-----------------------------------

Tuesday 20 March 2012

Ustaz VS Liberal Gurlz




Assalamualaikum,

Mari kita mengambil pengajaran tentan cerita dibawah. Semoga cerita di bawah dapat membuka hati sesiapa yang berkenaan.

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Monday 19 March 2012

Ketupat Sotong

Assalamualaikum,

Dulu suka makan ketupat sotong. Sekarang mak pon dah tak buat. Hari-hari kalo duk kat rumah makan ikan jer. Nak makan ayam pon susah. Sekali terjumpa satu resipi untuk buat ketupat sotong. Jom cuba sama-sama nak?

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

Assalamualaikum,



Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Sunday 18 March 2012

Awas Kepada Kaum Hawa

Assalamualaikum,

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Pengertian Tabarruj

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Thursday 15 March 2012

SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !

Assalamualaikum,



Akibat daripada virus malas menaip, aku buat entri ringkas ja la...sebab dalam Term of Service blog cik-emma kate buat entry ringkas je...hihihihihih...


Sumber:
http://cik-emma.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html

Nak Tag:

Jamban
Cyclerun
Dj Nad

Jom Jadi Geng Kami Blogger Malaysia

Assalamualaikum,

Merah membara semangat wajaaaaaaa...Putihmu bersih budi pekertiiiiii...Membawa semangaaaaatt..Jiwa merdekaaaaa..Tanda perpaduan kami semuaaaaaa!!! Ambooooooiiiih!!! Cak pong cak pong...

Dengan ini, aku, seorang rakyat Malaysia, yang tinggal di sebuah kampung yang aman damai di Kemaman, iaitu sebuah daerah didalam negeri yang melahirkan para lelaki hensem,  Terengganu mengisytiharkan untuk menyertai Geng Kami Blogger Malaysia, selama mana blog saya masih aktif, sihat, dan segar serta menyegarkan....!!

Dengan segala hormat tag:

Misz Ann
DJ Nad
blog jamban
Azmira
Cyclerun


Fakta Pelik

Assalamualaikum,

Setiap negara mempunyai undang-undang..undang-undang kat Malaysia pon rasanya macam dah pelik skit...tapi kat luar negara ada lagi yang lagi pelik dari Malaysia punye undang-undang...hahahha...try la usha fakta-fakta pelik yang harus anda tahu...ini betooooooolll betooooooooollll...bukan coba'aaaaaaan.....


Wednesday 14 March 2012

The Secret Of Health and Beauty


- minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi
- banyakkan makan ulaman dan buahan
- jangan tinggal solat
- ramah-tamah terhadap jiran dan masyarakat
- hindarkan perasaan dengki dan iri hati
- tersenyum setiap hari
- makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

Sunday 11 March 2012

Janji Allah Bagi Orang Yang Bernikah

 
Assalamualaikum,

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan menikah. Bergembiralah wahai saudaraku… 

Anak Derhaka: Tinggalkan Ibu Lumpuh Di Hotel

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Saturday 10 March 2012

35% Lelaki di Brazil Lakukan Seks Dengan Haiwan

Sebuah kajian baru menemukan kira-kira 35% lelaki dari pedesaan Brazil pernah melakukan hubungan seks dengan binatang termasuk kuda, lembu, babi dan ayam. Dan kajian ini juga menemukan bahawa lelaki yang berhubungan seks dengan haiwan dua kali lebih berisiko terkena kanser penis.



"Senyuman saya menggoda kan?"

Monday 5 March 2012

Q&A: About Me


Assalamualaikum,Aku buntu. Mungkin otak aku dicemari oleh asap² pencemaran udara. Ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Dah beberapa hari aku fikir untuk buat ruang "About Me". Tapi sampai sekarang masih tak tau apa yang patut aku tulis.

Jadi aku mendapat satu idea malas. Aku nak mintak tolong semua kawan² tak kira kenal atau tidak, mengajukan soalan² yang anda semua nak tahu pasal diri yang bernama DakwatHitam ini. Apa saja soalan akan dijawab kecuali yang menyentuh sensitiviti agama. InsyaAllah.

Sila tinggalkan solana di ruang komen. Setiap soalan yang anda ajukan akan di tag dengan nama dan blog anda di ruang "About Me" bila dah siap nanti. Tiada limit soalan. Berapa banyak soalan nak tanya pun tanya lah! Terima kasih!

*Blog masih belum siap di adjust

Friday 2 March 2012

Ingatan Plastik

 Assalamualaikum,

Di dalam hati ini tak pernah hilang minatku terhadap muzik. Setiap hari setiap masa dan setiap saat dalam hidupku muzik tidak pernah berhenti berdendang di dalam kepala hotak aku yang berjambul ni. Aku juga tidak nafikan aku merindui zaman remaja dulu.

----------------

Tahun 2002:
Aku terpesona tatkala melihat sebuah group yang menggelarkan diri mereka PAPERWORK yang dianggotai oleh Azahari, Hafiz dan Ifwat yang berada di atas pentas SMK Sultan Ismail 2 mendendangkan lagu Nirvana - About a Girl pada Hari Guru. Azahari adalah seorang yang berpengaruh dalam membawa aliran muzik Grunge di kalangan budak² sekolah aku. Melihat jari jemarinya yang lembut memetik tali gitar dengan lincah membuatkan aku menanam azam untuk belajar bermain gitar.

Tahun 2003:
Aku rela menipu cikgu untuk mendapatkan duit biasiswa untuk membeli sebuah gitar. Aku katakan pada cikgu aku mahu membeli buku dan alatulis. Aku yakin takkan dapat duit jika aku minta dengan ayahku untuk membeli gitar. Apa yang akan aku dapat adalah penyepak dan penyiku. Dengan membonceng basikal Winter Sonata milik kawanku Wafa, kami ke bandar untuk membeli sebuah gitar. Harga gitar jenama Kapok pada masa itu adalah RM98. Aku pulang dengan hati yang gembira bersama gitar pertamaku (ia adalah gitar pertama dan terakhir).  Aku sorokkan gitar di dalam almari baju. Masa yang paling sesuai untuk bermain gitar adalah pada waktu malam. Kebetulan pada tahun ni aku tinggal dengan nenekku yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumahku. Jadi waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk aku sebatikan jari²ku dengan gitar baru ini. Guru pertamaku adalah buku chords. Setiap malam aku menghafal chords² basic. Aku mengambil masa 6 bulan untuk betul² mahir. Tatkala aku dapat memetik gitar dengan lagu Cromok – Another You, aku yakin aku sudah mahir.

Tahun 2004:
Aku dipelawa oleh Ifwat untuk menyertai group PAPERWORK kerana yakin dengan kebolehanku bermain gitar. PAPERWORK kehilangan pengasasnya Azahari yang pada masa itu terpaksa ikut family berpindah ke Sarawak. Jadi aku terima pelawaan Ifwat dan bermain di posisi Lead Guitar. Aku bawa pula muzik grunge Malaysia di dalam group ini dan hampir semua lagu Butterfingers kami ber’jamming’ bersama.. Dimana ada pusat jamming, disitu ada kami. Pada masa ini kami masih lagi naïf dan hanya mampu untuk bermain lagu orang lain. Walaupun tahun ini adalah tahun peperiksaan SPM, tapi apa yang kami fikirkan hanyalah keseronokan.

-----------------

Lama-kelamaan masing² sudah bosan asyik bermain lagu sama setiap kali sesi jamming. Aku memainkan peranan aku untuk memerah otakku mencipta sesuatu untuk band ini. Tapi muzik grunge tidak sebati dalam jiwaku walaupun  sudah setahun aku berada didalam suasananya. Perancangan hanya tinggal perancangan. Tiada usaha. Tiada hasil. Masa berlalu…………………………

-----------------

Tahun 2009:
Syukri menungguku di luar rumah dengan Yamaha Egonya dan ditangannya ada sebuah gitar jenama Yamaha. Katanya ingin menunjukkan lagu baru yang diciptanya sendiri. Aku terpesona dengan muzik yang dibawanya dan ia terus sebati dengan jiwaku. Syukri menyatakan hasrat untuk berganding bahu denganku menubuhkan satu band baru. Lalu aku menyatakan pula hasratnya pada Hafiz selaku pemain Bass Guitar dan Ifwat selaku pemain Drum. Syukri pula ingin berada di posisi Gitar Irama dan Vokalis. Dalam 5 lagu yang ditunjukkan Syukri padaku, aku memilih hanya 2 lagu untuk dimainkan. Dan satu lagu aku cipta sendri. Setelah masing² memainkan peranan untuk menambah perisa di dalam lagu², maka tertubuhlah satu band yang bernama Plastik. Kami berjaya merekodkan lagu² kami di sebuah studio di Cheras. 3 lagu berjaya direkod walaupun kualitinya sangatlah tidak memuaskan.


-----------------

Konflik mula timbul apabila masing² tidak berpuas hati dengan vokal si vokalis. Dan si vokalis pula berkeras tidak mahu mengundur diri. Tiada ketegasan dalam ahli band umpama tidak mengambil berat tentang kualiti dalam sesebuah band. Aku mula tawar hati.
Satu hari aku mengambil keputusan yang perit dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada pembelajaran agama. Walaupun dalam hati ini masih kuat ingin bersama kawan² seperjuangan dalam menaikkan nama band yang baru setahun jagung ini. Namun apakan daya, aku dapat merasakan mustahil untuk berjaya jika salah seorang tidak mempunyai fikiran yang terbuka.

Tahun 2012:
Gitar Kapokku entah kemana. Hilang dari pandangan. Gitar abangku yang aku pinjam sudah berhabuk dan menjadi tempat sarang labah². Aku mengambil dan mendendangkan lagu² band Plastik. Dan ingatanku kembali aktif mengenangkan satu hasrat yang tidak kesampaian. Dalam hatiku berkata, “Maafkan aku wahai kawan²ku yang disayangi. Aku amat merindui saat² itu!”

---------------

* Entry ini khas untuk ahli band Plastik: Hafiz, Ifwat dan Syukri


Thursday 1 March 2012

Teka- Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

(Sumber Iluvislam.com)

Wednesday 22 February 2012

Majlis Mahabbah Rasulullah SAW 1433H & Silaturrahim Pondok Kali Ke-6

Assalamualaikum,

Aku nak berkongsi maklumat dengan kawan² semua tentang satu majlis besar yang dihadiri tuan² guru kita bertempat di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong, Kuala Terengganu. Jom kita hadir. DakwatHitam pun akan hadir sama.


♫ Enjit-Enjit Semut...Sapa Sakit Naik Atas... ♫

Assalamualaikum,

Damn....! Aku memang selalu suka memaki diri aku sendiri dalam hati bila ada sesuatu perkara yang bodoh telah aku buat. Pagi² hari dah memaki. Dengan mata lebam sebab tak tido arini menunggu member yang balik dari Indon suh jemput kat bus stand. Last² balik ngan orang lain. Tapi aku tak kisah pon hal member aku ni. Entah kenapa aku rasa nak marah orang aje hari ni. Setan sudah mula buat pesta atas kepala aku. Hati jadi tenang balik bila dah lihat muka mak. eeeeeeeee anak mak.......

Aku tak nak wat diari dalam blog ni sebenarnya. Cuma nak bagitau kat siapa² yang suka melawat blog ni (thx!) yang aku mungkin slow sikit lepas ni dalam mengupdate blog. Aku harus mengkontrol jari jemari aku dari terus menaip dan mengklik supaya tidak terjerumus ke laman² sosial yang amat mengasyikkan hingga membuatkan aku lupa. Ada satu chatbox yang dah membuatkan aku tinggalkan terus facebook dan member² lama. Ada satu web yang membuatkan aku tak sedar waktu berlalu. Dan ada satu perkara yang........... tutttt.... (talian terputus).... Damn!



Lastly, pada ikaa, lan dan umi.......tak lupa juga sha ohsem, merah, and sumer la yg kenal dengan nama DakwatHitam, u'll miss me! hehe! thx ol! I dedicate this song for u ol:




The Adventures of Tintin (2011) DVDRip MKV 400MB



Movie Title : The Adventures of Tintin
DateRelease : 2011
Movie Genre : Animation | Action | Adventure
Played By : Jamie Bell, Andy Serkis and Daniel Craig
File Size : 400mb


Storyline :

Having bought a model ship, the Unicorn, for a pound off a market stall Tintin is initially puzzled that the sinister Mr. Sakharine should be so eager to buy it from him, resorting to murder and kidnapping Tintin – accompanied by his marvellous dog Snowy – to join him and his gang as they sail to Morocco on an old cargo ship. Sakharine has bribed the crew to revolt against the ship’s master, drunken Captain Haddock, but Tintin, Snowy and Haddock escape, arriving in Morocco at the court of a sheikh, who also has a model of the Unicorn. Haddock tells Tintin that over three hundred years earlier his ancestor Sir Francis Haddock was forced to scuttle the original Unicorn when attacked by a piratical forebear of Sakharine but he managed to save his treasure and provide clues to its location in three separate scrolls, all of which were secreted in models of the Unicorn. Tintin and Sakharine….

Muat Turun Di Sini:
 
Part 1
Part 2

Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini. Selamat Menonton!

Movie Trailer:

Tuesday 21 February 2012

Kisah Semut dan Manusia

Assalamualaikum,

Mari kita baca satu kisah menarik tentang semut di zaman Nabi Sulaiman dan manusia akhir zaman (kita la tu).. semoga dengan membaca kisah ni kita akan jelas dan faham mengenai rezeki di tangan Allah..mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

MANUSIA

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. 



Ketahuilah rezeki yang kita dapati adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah,semuanya telah ditetapkan pada azali lagi, namun demikian kita tidak tahu banyak mana rezeki kita dan Allah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkannya. Apabila kita berusaha, lalu Allah memberi rezeki pada kita, pada zahirnya kita berusaha yg menyebabkan dapat rezeki, hakikatnya Allah telah menetapkan rezeki tersebut pada azali lagi.Maka jangan kamu lihat kerana usaha kita,kita dapat rezeki tetapi lihatlah kerana Allahlah yang memberi rezeki, Allah tidak berhajat kepada kita, kitalah berhajat kepadaNya,Jadilah kita pada zahirnya bergantung pada usaha dan pada batinnya berpegang semuanya daripada Allah Ta'ala, Ingat, jangan berpegang pada takdir tanpa usaha dan jangan juga berusaha sampai melupakan takdir, lalu berkata " aku dapat harta ni kerana usaha aku bersungguh2 lalu di dalam hatinya melupai Allah yang memberi rezeki.Berusahalah dan bekerjalah kamu apabila mendapat rezeki lalu ingat dalam hati ini semuanya rezeki daripada Allah Ta'ala. Inilah ilmu tauhid tasawuf pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wallahu A'lam.

Saturday 18 February 2012

Untuk Kecantikan Gigi Anda

Assalamualaikum,

Entry kali ni aku nak berkongsi gelak jahat aku dengan kawan² semua. Jika anda semua sayangkan gigi anda, lihat video gampang ini:


Entry kali ni aku tak nak membebel panjang² pom pam pom pam macam sbelom ni...korang layan jer...tidak sesuai untuk ditonton oleh sesiapa yang memakai gigi palsu. Sekian. Mekaseyyy!!

Sahabat dan Kekasih

Assalamualaikum,

Sebuah van Spectron terus memecut laju menuju ke arah Kuala Terengganu. Penumpangnya hanya 4 orang sahaja. Aku seorang menakluki bahagian belakang. Jam menunjukkan pukul 5:11 pagi. Suasana pagi itu sungguh nyaman dan sangat menenangkan hati ini. Kelihatan bulan sabit mengambang seolah-olah tersenyum kepada aku menumpang kebahagiaan. Aku tersenyum keseorangan mengingati kembali perbualan teman-teman baruku di Fibox beberapa jam yang lalu. Antara teman baru yang aku jumpa kat Fibox:

Umi        - yang manje.
Ikaa       - yang selalu buat aku ketawa.
        Lan         - sahabat seguru merangkap laki ikaa.
        Sha         - blog yg ohsem dan seorang halimunan (rawwwrrr!!)
        Syada     - teringat plak cite pocong.
        merah     - yang cool (ye ke?).
        DJ Nad  - yang slalu putarkan lagu kegemaran aku.

Ada banyak lagi sebenarnya, Naen, Zie Fauzi, Farah, and........lupe dah....Mintak maaf pada siapa yang tak disebutkan nama pasal aku ni ade masalah ingatan skit..dah tua la...uhuk uhuk (batuk2)...

Aku bukan nak bercakap mengenai Fibox tetapi tentang Sahabat dan Kekasih. Agak susah untuk aku huraikan tajuk entri kali ni. Sahabat macam² kita boleh huraikan. Tetapi mengenai Kekasih tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Sambil merenung ke arah bulan yang masih lagi setia tersenyum, fikiran aku ligat memikirkan tentang sahabat dan kekasih. Sahabat adalah orang yang selalu bersama dengan kita tidak kira kita dalam keadaan susah atau senang. Mungkin ada definisi yang lain? Masing² ada pendapat masing². Anda fikirlah sendiri. Bagi aku, sahabat yang baik adalah sahabat yang bersama diriku atau yang membawa aku ke arah yang lebih baik bukan sahaja untuk akhirat, tapi dunia juga.

----------

Van berhenti. Terdengar suara orang berzikir sangat dekat. Aku tertidur rupanya. Sudah masuk waktu subuh. Di sebelah, aku terlihat sebuah van yang di badannya tertulis " Ribath Tok Limbong - Al Malik" dalam bahasa jawi. Itu rombongan Ustaz Khairul. Tujuan dan destinasinya sama seperti aku. Aku tanpa berlengah terus menunaikan kewajipan hari ini. 

----------

Setibanya aku di destinasi, kelihatan banyak kenderaan yang sudah mengambil tempat di ruang lapang. Jemaah berduyun-duyun. Kebanyakkannya adalah anak jati Terengganu. Tujuannya hanya satu. Memuji dan membesar kekasih yang amat dirindui. Siapakah kekasih kami? Ia adalah kekasih kamu semua. Ia adalah penghulu kita Nabi Muhammad SAW.  Saat aku memijak lantai Musolla As-solihin, jemaah sudahpun memulakan beberapa rangkap qasidah yang indah. Aku buka kitab yang dibawa dan mengalunkan puji-pujian ke atas Rasulullah SAW bersama jemaah yang aku anggarkan lebih 200 orang.

Qasidah dihentikan seketika untuk memberi ruang kepada seorang guru pondok untuk menyampaikan satu kisah tentang syafaat Rasulullah SAW. Beliau bercerita mengenai kisah masa depan, ketika manusia berkumpul di hari kiamat. Saat manusia ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mereka tidak kuasa menahannya. Lalu mereka berjumpa Nabi Adam as, meminta syafaat daripadanya. Namun Nabi Adam hanya berkata "Nafsi nafsi (aku mengurusi diriku sendiri)". Mereka berjumpa pula Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa as. Namun jawapan yang mereka terima tetap sama "Nafsi nafsi".

Akhirnya mereka mendatangi Muhammad SAW, dan berkata, “Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Allah telah mengampuni dosamu yang lalu mahupun yang akan datang. Syafaatilah kami kepada Rabb-mu, tidakkah kau lihat apa yang kami alami?” Lalu Nabi Muhammad SAW pergi menuju bawah ‘Arsy. Di sana beliau bersujud kepada Rabb, kemudian Allah membukakan kepadanya dari puji-pujian-Nya, dan indahnya pujian atas-Nya, sesuatu yang tidak pernah dibukakan kepada seorangpun sebelum Nabi Muhammad. Kemudian Allah SWT berkata kepada Muhammad, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu, mintalah, niscaya kau diberi, dan berilah syafa’at niscaya akan dikabulkan!”
Maka Muhammad SAW mengangkat kepalanya dan berkata, “Ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku!” Lalu disampaikan dari Allah kepadanya, “Wahai Muhammad, masukkan ke surga di antara umatmu yang tanpa hisab dari pintu sebelah kanan dari sekian pintu surga, dan mereka adalah ikut memiliki hak bersama dengan manusia yang lain pada selain pintu tersebut dari pintu-pintu surga.”

Selesai mendengar kisah tersebut semua jemaah bangun dan berqasidah memuji Rasulullah SAW dengan sepenuh hati untuk meluahkan rasa rindu sehingga ada yang menitiskan air mata. Sehingga anda membaca kisah ini, siapakah kekasih di dalam hati anda?



----------

Selesai menjamu selera, mataku sangat berat dan menguap beberapa kali maklumlah semalam tidur pukul 3:30 pagi bangun pulak pukul 4:30 pagi. Jam 3 ptg, abangku memecut van untuk pulang ke rumah sementara aku membuta di belakang tempat penumpang. Ha Ha Ha. Padan muka abang aku. Sekian.

 Allahumma solliwasallim wabaarik 'alaih.

Wednesday 15 February 2012

Hati-Hati Bila Bercakap Tu!

Assalamualaikum,

Aku dengar semacam bunyi hon kat luar rumah aku. Jam menunjukkan pukul 10.40 malam. Aku pun terus keluar rumah. Aku memang tau si Hafiz (bukan nama sebenar) akan datang jemput aku sebab dah janji nak melepak sama². Dah lama aku tak lepak ngan member² sejak bekerja ni. Lepas je aku masuk kereta, Hafiz pun memecut laju menuju tempat lepak yang dah ditentukan di dalam pesanan ringkas SMS sebelum ini. Sebuah restoran mamak yang makanan dan minumannya tak seperti kedai² mamak yang lain yang suka mencekik darah. Sampai ke destinasi terpampang signboard tertulis Restoran Al-Baik. Aku terlihat sudah ada 2 orang member aku yang sudah menunggu di meja makan iaitu Azrul dan Ifwat (bukan nama  sebenar).

--------

Aku menghirup air teh o ais yang begitu nikmat sekali dengan dimulakan dengan basmallah. Lalu aku berborak dengan sahabat² lama aku. Azrul sering bertanya tentang pekerjaanku. Maklumlah kitorang bekerja di dalam sektor yang sama, minyak dan gas. Tiba² Azrul mengeluarkan satu kenyataan yang mencetus kesedaran dalam hati aku. "Petronas banyak berjasa pada orang Melayu. Jika takde Petronas rasanya Melayu takkan dapat hidup". Ucapan yang ringkas tetapi kesannya sangat mendalam. Apakah yang aku fikir sama dengan apa yang korang berfikir sekarang? Kenapa aku berkata kesannya amat mendalam? Aku hanya berdiam diri jer selepas Azrul kata macam tu. Otak aku ligat mengingatkan kata-kata guruku tentang bahayanya syirik khafi. Apa itu syirik khafi?


"syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar."
- iluvislam.com

Aku juga teringat satu kisah yang diceritakan oleh member aku yang belajar satu kolej dengan aku dulu. Dia sedang study dengan seorang kawan. Dia sempat berborak dengan atuk kawannya tu. Atuk tu mungkin seorang yang fanatik pada satu parti politik di Malaysia. "U*** banyak berjasa pada negara kita. Jika tiada U*** di Malaysia, kita takkan dapat makan," kata Atuk tu. Adakah rezeki terletak pada tangan makhluk?? Aku cukup marah selepas member aku cerita pasal ni. Haih..mulut memang payah nak dijaga.Umpama bergantung hati pada makhluk yang bukan penciptanya.

Memang best berborak tetapi kita mesti belajar batas² percakapan kita. Masih banyak jenis lagi yang boleh mendatangkan syirik khafi seperti ujub, riya', dan takabbur. Kita mesti tanamkan dalam hati apa yang kita lihat itu semuanya adalah kerana Allah taala. Aku bukan saja bercakap mengenai niat tetapi kejadian. Contohnya anda haus, anda meminum air lalu hilanglah haus itu. Adakah air itu yang menghilangkan dahaga ataupun Allah Taala? Renung²kan dan selamat beramal.

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)

Tuesday 14 February 2012

Fixie @ Fixed Gear - Budak² Zaman La Ni

Assalamualaikum,

Sudah menjadi kegilaan remaja terutama budak-budak sekolah terhadap basikal fixie atau original namanya 'Fixed Gear' pada masa kini. Boleh dikatakan setiap rumah yang penghuninya ada remaja pasti terselit basikal fixie dimana-mana ruang rumahnya. Dengan terlalu ramainya penunggang basikal fixie sehingga mampu mengumpul ahli kumpulan sehingga lebih 500 orang. Bentuk dan warna yang cantik berwarna-warni menarik semua golongan tidak kira lelaki ataupun perempuan.


Ia dinamakan sebagai "Fixed Gear" kerana basikal ni takde freewheel. Basikal ni takde brek...maknanya kena brek dengan kaki. Nak kayuh undur ke belakang pon boleh. Bagus jika satu family ada sorang satu. Boleh bawa basikal untuk exercise pagi² sama-sama dengan mak, ayah, adik², abang², kakak², dan kawan². Boleh jugak mengisi masa lapang waktu petang dengan beriadah bersama kawan². Namun ada juga perkara yang negatif dan tak patut kita dengar dan lihat berkenaan remaja fixie ini.


Aku orang Kemaman, Terengganu. Boleh dikatakan budak² kat sini mempunyai ayah dan mak yang kaya² yang bekerja di sektor minyak dan gas. Aku tinggal di kawasan yang ramai kanak² dan remaja maklumlah rumah aku sebelah je dengan sekolah menengah dan sekolah rendah. Basikal fixie baru menjadi kegilaan remaja kat sini sejak beberapa tahun lepas. Sehingga mak ayah pening kepala bersusah payah cari duit untuk membeli basikal fixie ni untuk anaknya sebab anaknya ni hari² mintak nk beli basikal fixie. Ada sorang pakcik yang bersembang dengan aku mengeluh dengan perangai anaknya yang mengidam basikal fixie sampai nangis². Tapi pakcik tu takde duit nak belikan. Kesian.


Bila dah ramai tu macam² ragam yang kita boleh lihat. Ada yang yang buat aksi 'willie'. Ada yang bawak laju. Ada yang sampai mengganggu kenderaan lain sebab dia tunggang kat tengah² jalan. Mungkin dia rasa kepala otak dia dah keras kot. Ataupun mungkin dia sedang berkhayal tengah naik kereta kebal. Apa² ajelah. Ada juga yang berkumpul tengah² malam sampai pukul 3 pagi. Yang aku terkejutnya ada jugak remaja pompuan yang bercampur dengan lelaki. Ai...takde mak ayah ke diorang ni sampai lewat pagi camni pun tak balik rumah lagi? Disebabkan tiada kesedaran dalam diri remaja² ni maka timbullah banyak berita yang kurang enak didengar terutama kemalangan jalan raya.


Disini aku ada 10 nasihat untuk remaja² berkenaan dengan basikal fixie:
1. Jika anda tak sayangkan tengkorak kepala anda jangan pakai helmet.
2. Pasang lampu putih didepan dan lampu merah dibelakang jika menunggang pada waktu malam. Pakai pakaian yang cerah.
3. Jangan susahkan mak dan ayah. Jangan la duduk berkumpul sampai 3 4 pagi. Bahaya sedang menanti anda. Tunggang la pagi lepas subuh atau petang sampai tercabut tulang sum sum pun takpe.
4. Jalan jangan melawan arus trafik.
5. Kalau jalan ramai² jangan ingat lori 4 tan tak langgar kamu yang beratnya tak sampai 100kg.
6. Jangan pecut laju kalau tak pasang brek kalau tak nak tercabut buku lali.
7. Jangan pakai selipar jepun. Pakai la kasut.
8. Jangan pakai pakaian yang menjolok mata terutama bagi yang perempuan. Ada mata liar yang sedang memerhati kamu.
9. Jangan membuat aksi merbahaya seperti orang mabuk makan tapai basi.
10. Utamakan keselamatan. Ingatlah orang yang tersayang.

Kesimpulannya kat sini, ambillah yang positif tinggalkan yang negatif. Budak² zaman la ni semua bijak² dan mampu membuka fikiran dengan luas. Maka hargailah apa yang kita ada dengan bersyukur ke hadrat Ilahi dan hargai jasa kedua ibubapa kita yang sanggup bersusah payah untuk kita. Selamat ber'fixie'!!


Chronicle (2012) TS XviD


Movie Title : Chronicle
DateRelease : 2012
Movie Genre :  Action | Drama | Sci-Fi
Played By : Dane DeHaan, Alex Russell and Michael B. Jordan
File Size : 299mb


 Storyline :

Three high school friends gain superpowers after making an incredible discovery. Soon, though, they find their lives spinning out of control and their bond tested as they embrace their darker sides.

Muat Turun Di Sini:
 
nnchronicts.com.mkv - 299.1 MByte




Movie Trailer:


Final Destination 5 DVDRip MKV

Movie Title : Final Destination 5
DateRelease : 2011
Movie Genre : Horror | Thriller
Played By : Nicholas D'Agosto, Emma Bell and Arlen Escarpeta
File Size : 400mb


 Storyline :

In Final Destination 5, Death is just as omnipresent as ever, and is unleashed after one man's premonition saves a group of coworkers from a terrifying suspension bridge collapse. But this group of unsuspecting souls was never supposed to survive, and, in a terrifying race against time, the ill-fated group frantically tries to discover a way to escape Death's sinister agenda. -- (C) Warner Bros

Muat Turun Di Sini:
 
Part 1
Part 2
Part 3

Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini. Selamat Menonton!

Movie Trailer:


50/50 (2011) DVDRip MKV

Movie Title : 50/50
DateRelease : 2011
Movie Genre : Comedy | Drama
Played By : Joseph Gordon-Levitt, Seth Rogen and Anna Kendrick
File Size : 400mb


 Storyline :

Inspired by a true story, a comedy centered on a 27-year-old guy who learns of his cancer diagnosis, and his subsequent struggle to beat the disease.

Muat Turun Di Sini:
 
Part 1
Part 2
Part 3

Muat Turun Di Sini (BluRay 1080p BRRip 6CH x264 1,4GB DVDrip.) :

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8

Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini. Selamat Menonton!

Movie Trailer:

2 Headed Shark Attack (2012) DVDRip MKV


Movie Title : 2 Headed Shark Attack
DateRelease : 2012
Movie Genre : Action | Horror | Sci-Fi
Played By : Carmen Electra, Charlie O'Connell and Brooke Hogan
File Size : 350mb


 Storyline :

Survivors escape to a deserted atoll after a Semester at Sea ship is sunk by a mutated two-headed shark. But when the atoll starts flooding, no one is safe from the double jaws of the monster.

Muat Turun Di Sini:
 
Part 1
Part 2

Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini. Selamat Menonton!

Movie Trailer:

Extremely Loud and Incredibly Close (2012) DVDRip MKV

 Movie Title : Extremely Loud and Incredibly Close
DateRelease : 2012
Movie Genre : Drama
Played By : Thomas Horn, Tom Hanks and Sandra Bullock
File Size : 500mb


 Storyline :

A nine-year-old amateur inventor, Francophile, and pacifist searches New York City for the lock that matches a mysterious key left behind by his father, who died in the World Trade Center on September 11, 2001.

Muat Turun Di Sini:
 
Part 1
Part 2
Part 3


Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini. Selamat Menonton!

Movie Trailer:

Monday 13 February 2012

Say No To Valentine's Day

Assalamualaikum,

Umum sudah mengetahui apa itu Hari Valentine. Jadi tak perlu aku membebel lagi pasal benda ni. Cuma nak ingatkan anak muda di luar sana jauhi diri anda dari menyambut benda yang tak ada faedah ini. Yang tak tau pegi belajar. Jangan pandai belajar ngorat aweks jer. 14 haribulan Februari ni jatuh pada hari selasa. Budak-budak sekolah mesti ada yang gatal-gatal punggung nak menyambutnya dengan aweks atau balaks kesayangan mereka. Remaja-remaja kat kolej mesti outing dengan kesayangan mereka. Ada yang beri hadiah. Ada yang ajak pegi tengok wayang. Yang paling busuk pun ajak gi jalan-jalan dating kat taman. Yang paling teruk ada yang sampai check in bilik. Tunggu 9 bulan nanti buka TV ada la berita mayat bayi dijumpai. Apa kejadahnya ini?

Itulah anak muda. Jiwanya masih tidak kuat. Agamanya tidak kukuh. Fikiran hanya mahu enjoy. Bila ditegur dia memberontak. Memberi susah pada mak bapak. Tiada apa manfaat. Lebih baik banyakkan selawat atas nabi junjungan kita Muhammad SAW. Maulidurrasul baru je lepas seminggu. Masih ada surau2 atau masjid² yang menyambutnya. Tukar sikit gaya dating tu. Ajak aweks atau balaks pegi surau dengar kuliah. Ada banyak surau² yang berselawat, berzikir, bermunajat kat sekeliling kita ni. Kita je yang tak tau. Yang kita tau citer ape yang ada kat wayang minggu ni...ye tak?

Benda ni bukan orang yang beragama islam yang menyambutnya. Orang nasrani. Bila kita ikut budaya orang nasrani kita pun jadi orang nasrani la. Marah? Sila baca ayat di bawah:



Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
 

Sunday 12 February 2012

Underworld 4 Awakening DVDRip MKV


Movie Title : UNDERWORLD 4 AWAKENING
DateRelease : 2012
Movie Genre : Action | Fantasy | Horror
Played By : Kate Beckinsale, Michael Ealy and India Eisley
File Size : 460mb


Storyline :

When human forces discover the existence of the Vampire and Lycan clans, a war to eradicate both species commences. The vampire warrioress Selene leads the battle against humankind.

Muat Turun Di Sini:

Part 1
Part 2
Part 3

Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini.


Movie Trailer:



Selamat Menonton!!

Wrong Turn 4 (2011) DVDRip MKV


Movie title : Wrong Turn 4 (2011)
Date release : 7 october 2011
Movie genres : Action | Horror | Thriller
Played by : Sean Skene, Blane Cypurda and Dan Skene
IMDb info : http://www.imdb.com/title/tt1865567
File size : 350mb
Quality : DVDRip
Format : mkv

Storyline

Follows a group of friends that decide to go snowmobiling during their winter break. They make a "wrong turn", getting lost in a storm, and seek shelter in an abandoned sanatorium. They are completely isolated by the storm and are thankful they can get out of the elements. But the sanatorium has a troubled past, and some of its former patients still reside there and are not happy about the intrusion. In a deadly game of cat and mouse, the college kids must fight to survive the night.

Muat Turun Di Sini:


Gunakan HJ-Split atau Format Factory untuk gabungkan video ini.

Movie Trailer:


Selamat Menonton!!

My Blog List