Bilakudahbosan: Fixie @ Fixed Gear - Budak² Zaman La Ni

Tuesday 14 February 2012

Fixie @ Fixed Gear - Budak² Zaman La Ni

Assalamualaikum,

Sudah menjadi kegilaan remaja terutama budak-budak sekolah terhadap basikal fixie atau original namanya 'Fixed Gear' pada masa kini. Boleh dikatakan setiap rumah yang penghuninya ada remaja pasti terselit basikal fixie dimana-mana ruang rumahnya. Dengan terlalu ramainya penunggang basikal fixie sehingga mampu mengumpul ahli kumpulan sehingga lebih 500 orang. Bentuk dan warna yang cantik berwarna-warni menarik semua golongan tidak kira lelaki ataupun perempuan.


Ia dinamakan sebagai "Fixed Gear" kerana basikal ni takde freewheel. Basikal ni takde brek...maknanya kena brek dengan kaki. Nak kayuh undur ke belakang pon boleh. Bagus jika satu family ada sorang satu. Boleh bawa basikal untuk exercise pagi² sama-sama dengan mak, ayah, adik², abang², kakak², dan kawan². Boleh jugak mengisi masa lapang waktu petang dengan beriadah bersama kawan². Namun ada juga perkara yang negatif dan tak patut kita dengar dan lihat berkenaan remaja fixie ini.


Aku orang Kemaman, Terengganu. Boleh dikatakan budak² kat sini mempunyai ayah dan mak yang kaya² yang bekerja di sektor minyak dan gas. Aku tinggal di kawasan yang ramai kanak² dan remaja maklumlah rumah aku sebelah je dengan sekolah menengah dan sekolah rendah. Basikal fixie baru menjadi kegilaan remaja kat sini sejak beberapa tahun lepas. Sehingga mak ayah pening kepala bersusah payah cari duit untuk membeli basikal fixie ni untuk anaknya sebab anaknya ni hari² mintak nk beli basikal fixie. Ada sorang pakcik yang bersembang dengan aku mengeluh dengan perangai anaknya yang mengidam basikal fixie sampai nangis². Tapi pakcik tu takde duit nak belikan. Kesian.


Bila dah ramai tu macam² ragam yang kita boleh lihat. Ada yang yang buat aksi 'willie'. Ada yang bawak laju. Ada yang sampai mengganggu kenderaan lain sebab dia tunggang kat tengah² jalan. Mungkin dia rasa kepala otak dia dah keras kot. Ataupun mungkin dia sedang berkhayal tengah naik kereta kebal. Apa² ajelah. Ada juga yang berkumpul tengah² malam sampai pukul 3 pagi. Yang aku terkejutnya ada jugak remaja pompuan yang bercampur dengan lelaki. Ai...takde mak ayah ke diorang ni sampai lewat pagi camni pun tak balik rumah lagi? Disebabkan tiada kesedaran dalam diri remaja² ni maka timbullah banyak berita yang kurang enak didengar terutama kemalangan jalan raya.


Disini aku ada 10 nasihat untuk remaja² berkenaan dengan basikal fixie:
1. Jika anda tak sayangkan tengkorak kepala anda jangan pakai helmet.
2. Pasang lampu putih didepan dan lampu merah dibelakang jika menunggang pada waktu malam. Pakai pakaian yang cerah.
3. Jangan susahkan mak dan ayah. Jangan la duduk berkumpul sampai 3 4 pagi. Bahaya sedang menanti anda. Tunggang la pagi lepas subuh atau petang sampai tercabut tulang sum sum pun takpe.
4. Jalan jangan melawan arus trafik.
5. Kalau jalan ramai² jangan ingat lori 4 tan tak langgar kamu yang beratnya tak sampai 100kg.
6. Jangan pecut laju kalau tak pasang brek kalau tak nak tercabut buku lali.
7. Jangan pakai selipar jepun. Pakai la kasut.
8. Jangan pakai pakaian yang menjolok mata terutama bagi yang perempuan. Ada mata liar yang sedang memerhati kamu.
9. Jangan membuat aksi merbahaya seperti orang mabuk makan tapai basi.
10. Utamakan keselamatan. Ingatlah orang yang tersayang.

Kesimpulannya kat sini, ambillah yang positif tinggalkan yang negatif. Budak² zaman la ni semua bijak² dan mampu membuka fikiran dengan luas. Maka hargailah apa yang kita ada dengan bersyukur ke hadrat Ilahi dan hargai jasa kedua ibubapa kita yang sanggup bersusah payah untuk kita. Selamat ber'fixie'!!


No comments:

Post a Comment

My Blog List