Bilakudahbosan: Almuslimuun Yahtafiluna Bi Maulidi Afdhalul Khalqillah

Tuesday 7 February 2012

Almuslimuun Yahtafiluna Bi Maulidi Afdhalul Khalqillah

Assalamualaikum,

Sapa2 yang belajor dalam group bahasa arab pesbuk ngan Ustaz Ahmad Hulu Klang tau ar makna tajuk kat atas tu..Maknanya "Org Islam menyambut dan membuat perayaan kelahiran sebaik-baik makhluk Allah". Sebaik-baik makhluk Allah pastila Rasul junjungan kita Muhammad SAW..wajib atas diri kita beriktiqad tiada MAKHLUK yang lebih mulia daripada Rasulullah SAW...

Jangan dihiraukan orang yang cakap "tak perlu sambut maulidur rasul" dan menyatakan lebih baik sambut nuzul quran dari sambut maulud yang membuang masa. Yang bercakap ni pun pemimpin yang dihormati ramai. Aku pun bagai tak leh nak percaya kata-kata beliau yang "bijak" ni..kalau tak ada Muhammad SAW bukan ke takkan ada nuzul quran? huh...letak tepi bab ni...

mari la kita sama2 berqasidah dengan memuji baginda Rasulullah SAW..klik play video di bawah...lirik ada kat bawah bersama dengan maksudnya sekali..selamat beramal..





يا بدر تم حاز كل كمال
ماذا يعبر عن علاك مقالى

Wahai purnama yang indah lagi sempurna,
bagaimana nak ku luah dengan kata-kata?

انت الذى اشرقت فى افق العلا
فمحوت بالانوار كل ضلال


Engkau menyinar di alam tinggi
terangi kegelapan dan kebatilan.


وبك استنار الكون يا علم الهدى
بالنور والانعام والافضال


Denganmu, alam bergemerlapan
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan.

صلى عليك الله ربى دائما
ابدا مع الابكار والاصال


Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua.

وعلى جميع الال والاصحاب من
قد خصهم رب العلا بكمال


Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu,
Mereka yang istimewa dam amat sempurna.


Ketahui Rasulullah tidak mampu tidur lena kerana terlalu bimbangkan umatnya,tidak hidup senang kerana bimbang umatnya hanyut dgn arus kemewahan, perutnya sentiasa lapar, ketika ditanya kenapa baginda selalu berlapar, baginda menjawab, "Aku berlapar agar umatku kenyang di akhirat kelak,
Ketika menghadapi kesakitan sakarat maut, baginda ingin menanggung semua kesakitan itu agar umatnya tidak menenggungnya dan seolah2 baginda mengatakan aku sanggup menanggung segala kesusahan agar umatku selamat di akhirat kelak.
Ya Rasulullah maafkan kami,kami tidur dalam keadaan melupaimu, sedangkan engkau berjaga dalam menginggati kami,kami sentiasa kenyang sedangkan sentiasa berlapar,kami ketawa sedangkan engkau sentiasa menangis kerana kami,Ya Allah ampunkan kami semua kerana melupai nabimu. - via Ustaz Mustafa kamal

2 comments:

  1. Dia sgt sygkn umatnya..subhanallah..

    ReplyDelete
  2. Nabi Muhammad SAW nabi yang mulia,
    Membawa rahmat sekalian alam,
    siapa yang beriman dapat bahgia,
    siapa yang ingkar mengikut shaiton.

    ReplyDelete

My Blog List