Bilakudahbosan: Demam & Virus

Saturday 11 February 2012

Demam & Virus

Assalamualaikum,

Sungguh panas cuaca di pantai timur ni selepas golongan mata sepet menyambut raya mereka. Sebelum ni ramai manusia mengeluh tatkala hujan tak henti-henti apabila masuknya musim monsun. Tapi bila masuk cuaca panas pun mengeluh juga. Manusia memang suka mengeluh. Belum lagi kena sakit pun dah mengeluh. Aku bukan nak mengata sesiapa. Aku cuma mengata diri sendiri jer. Memang sifat manusia ni tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Bila dah banyak kali mengeluh tu maknanya iman tak cukup kuat. Lembik. Lemah. Tak bermaya. Luaran nampak sihat tapi kat dalam kurus kering. Kalau nak bercerita pasal nafsu, boleh buat tajuk lain. Ok. Dah terkeluar dari tajuk pulak.

Hari khamis bersamaan dengan 9 Februari 2012, saat aku celik mata hari masih gelap lagi. Sambil sayup-sayup dengar suara mengaji dari surau tak jauh dari rumah aku. Kepala rasa berat macam ada batu hempap atas kepala. Sendi rasa sengal-sengal. Badan pulak seram sejuk je sesekali menaikkan bulu roma. Dalam fikiran aku, yes….ni petanda nak demam… rasa malas gila nak bangun sebab tak ada tenaga. Fikir pulak nak kene pegi keje kejap lagi…hadoooiii malasnyeee…. Aku pun mengadu kat mak aku, “mak, nak demam rasanya ni.” Mak aku dengor je tanpa membalas balik percakapan aku tadi. Macam budak-budak? Masa ni la nak mengadu dengan mak puas-puas. Bila mak dah tak ada nanti nak ngadu kat sape lagi. Aku pun pegi kedai beli panadol 2 bijik, telan. Tapi aku tak berharap pada panadol tu. Panadol tu hanya ikhtiar. Yang menyembuhkan tentulah Allah swt.
Aku biasanya demam aku mengadu kat mak je…tak ada nak mengeluh dalam pesbuk..twitter dan sewaktu dengannya. Ni pun first time tulis dalam blog, tapi bersebab. Dalam pesbuk penah aku baca, bukan sekali bukan dua kali, tapi banyak kali jugak la. “ADUH, APESAL LA TIME NI NAK DATANG DEMAM!!” atopon “DEMAM!! TAK SUKANYA!!!” yang paling teruk “DEMAM..WTF!!!”. Orang-orang yang macam ni adalah orang yang paling “bijak” di dunia. Mereka adalah orang yang tak tahu mensyukuri nikmat yang diberi. Dan mereka pun tak tahu nikmat disebalik kesakitan yang dia alami. Kita renungi hadis dibawah ini:



Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus
api menghapuskan karat-karat pada besi.


Ek ele… tu baru demam je pun…teringat satu kisah wali perempuan yang diceritakan oleh ustaz azhar idrus..Rabiatul Adawiyah yang terjatuh dan luka 9 jari kakinya. Lalu beliau menangis. Tetapi beliau menangis bukan kerana sakitnya luka itu tetapi menangis kerana 1 jari tidak luka. Kenapa? Kerana sakit itu kaffarah dosa. MasyaAllah. Kita? Baru je demam dah mengamuk macam jin lapor.



Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dgn itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)


Aku pun dah malas nak membebel panjang-panjang memandangkan budak-budak zaman sekarang ni bijak pandai semuanya. Tak perlu nak membebel panjang….Laptop aku pun x sihat sangat. Nak kena format balik akibat virus yang dibawak oleh seorang mambang yang pinjam aku punye external harddisk. Isk isk isk. Biasala laptop sehati sejiwa dengan tuan dia..tuan dia sakit dia pun nak sakit jugak…

3 comments:

  1. sy sakit gigi..hehe..btol gak kan ape yang dakwathitam tulis..kadang-kadang kita pon xingat..tau nak mengeluh jer

    ReplyDelete

My Blog List