Bilakudahbosan: March 2012

Friday 30 March 2012

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka




Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Thursday 29 March 2012

Potong Kaki Kerana Malas Kerja





MITTERLABILL (Austria) – Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Monday 26 March 2012

Auto Shutdown Untuk Windows 7: Cara Manual

Assalamualaikum,

How to automatically shut down your windows 7

Hari ni aku nak jadi cikgu. Aku nak ajar cara-cara untuk setting auto shut down tanpa memuat turun software. Sesuai bagi orang yang malas shut down komputer ataupun laptop. Sebelum ni aku suka pasang mp3 mengaji sambil tido..hahahaha :P Jadi aku pon cari la cara macam mana nak auto shutdown tanpa muat turun software. Bukan tak nak download tapi tak yakin dengan free software yang kebanyakannya ada virus.

Ok. Kita proceed kepada cara-caranya. Benda pertama sekali:

(KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)

Klik kat Start -> Control Panel:

Sunday 25 March 2012

Coldplay - Fix You (Boyce Avenue feat. Tyler Ward acoustic cover)

Assalamualaikum,

Mari kita nyanyi sama-sama..berkaraoke!!!


When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

Friday 23 March 2012

Aku RIndu Tok Wan


Assalamualaikum,

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. 

“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155

Aku sabar menanti di dalam bas yang bergerak dari Kuantan ke Kemaman. Ia mengambil masa sehingga hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi kerana bas bergerak amat perlahan dan selalu berhenti mengambil penumpang selain keadaan bas yang amat uzur. Sehingga orang yang sedang duduk didalamnya seperti menari-nari ketika bas bergerak.Fikiranku melayang sambil muzik sentimental bermain-main dalam fikiranku. Tidak aku menyangka masa cepat berlalu. Aku telah pun berada di semester kedua di sebuah kolej tajaan Mara. Dan tidak menjadi masalah bagiku untuk balik ke kampung halaman setiap minggu kerana jarak dari kolej ke rumah tidaklah jauh mana. 
-----------------------------------

Tuesday 20 March 2012

Ustaz VS Liberal Gurlz




Assalamualaikum,

Mari kita mengambil pengajaran tentan cerita dibawah. Semoga cerita di bawah dapat membuka hati sesiapa yang berkenaan.

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Monday 19 March 2012

Ketupat Sotong

Assalamualaikum,

Dulu suka makan ketupat sotong. Sekarang mak pon dah tak buat. Hari-hari kalo duk kat rumah makan ikan jer. Nak makan ayam pon susah. Sekali terjumpa satu resipi untuk buat ketupat sotong. Jom cuba sama-sama nak?

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

Assalamualaikum,



Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Sunday 18 March 2012

Awas Kepada Kaum Hawa

Assalamualaikum,

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Pengertian Tabarruj

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Thursday 15 March 2012

SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !

Assalamualaikum,



Akibat daripada virus malas menaip, aku buat entri ringkas ja la...sebab dalam Term of Service blog cik-emma kate buat entry ringkas je...hihihihihih...


Sumber:
http://cik-emma.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html

Nak Tag:

Jamban
Cyclerun
Dj Nad

Jom Jadi Geng Kami Blogger Malaysia

Assalamualaikum,

Merah membara semangat wajaaaaaaa...Putihmu bersih budi pekertiiiiii...Membawa semangaaaaatt..Jiwa merdekaaaaa..Tanda perpaduan kami semuaaaaaa!!! Ambooooooiiiih!!! Cak pong cak pong...

Dengan ini, aku, seorang rakyat Malaysia, yang tinggal di sebuah kampung yang aman damai di Kemaman, iaitu sebuah daerah didalam negeri yang melahirkan para lelaki hensem,  Terengganu mengisytiharkan untuk menyertai Geng Kami Blogger Malaysia, selama mana blog saya masih aktif, sihat, dan segar serta menyegarkan....!!

Dengan segala hormat tag:

Misz Ann
DJ Nad
blog jamban
Azmira
Cyclerun


Fakta Pelik

Assalamualaikum,

Setiap negara mempunyai undang-undang..undang-undang kat Malaysia pon rasanya macam dah pelik skit...tapi kat luar negara ada lagi yang lagi pelik dari Malaysia punye undang-undang...hahahha...try la usha fakta-fakta pelik yang harus anda tahu...ini betooooooolll betooooooooollll...bukan coba'aaaaaaan.....


Wednesday 14 March 2012

The Secret Of Health and Beauty


- minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi
- banyakkan makan ulaman dan buahan
- jangan tinggal solat
- ramah-tamah terhadap jiran dan masyarakat
- hindarkan perasaan dengki dan iri hati
- tersenyum setiap hari
- makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

Sunday 11 March 2012

Janji Allah Bagi Orang Yang Bernikah

 
Assalamualaikum,

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan menikah. Bergembiralah wahai saudaraku… 

Anak Derhaka: Tinggalkan Ibu Lumpuh Di Hotel

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Saturday 10 March 2012

35% Lelaki di Brazil Lakukan Seks Dengan Haiwan

Sebuah kajian baru menemukan kira-kira 35% lelaki dari pedesaan Brazil pernah melakukan hubungan seks dengan binatang termasuk kuda, lembu, babi dan ayam. Dan kajian ini juga menemukan bahawa lelaki yang berhubungan seks dengan haiwan dua kali lebih berisiko terkena kanser penis.



"Senyuman saya menggoda kan?"

Monday 5 March 2012

Q&A: About Me


Assalamualaikum,Aku buntu. Mungkin otak aku dicemari oleh asap² pencemaran udara. Ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Dah beberapa hari aku fikir untuk buat ruang "About Me". Tapi sampai sekarang masih tak tau apa yang patut aku tulis.

Jadi aku mendapat satu idea malas. Aku nak mintak tolong semua kawan² tak kira kenal atau tidak, mengajukan soalan² yang anda semua nak tahu pasal diri yang bernama DakwatHitam ini. Apa saja soalan akan dijawab kecuali yang menyentuh sensitiviti agama. InsyaAllah.

Sila tinggalkan solana di ruang komen. Setiap soalan yang anda ajukan akan di tag dengan nama dan blog anda di ruang "About Me" bila dah siap nanti. Tiada limit soalan. Berapa banyak soalan nak tanya pun tanya lah! Terima kasih!

*Blog masih belum siap di adjust

Friday 2 March 2012

Ingatan Plastik

 Assalamualaikum,

Di dalam hati ini tak pernah hilang minatku terhadap muzik. Setiap hari setiap masa dan setiap saat dalam hidupku muzik tidak pernah berhenti berdendang di dalam kepala hotak aku yang berjambul ni. Aku juga tidak nafikan aku merindui zaman remaja dulu.

----------------

Tahun 2002:
Aku terpesona tatkala melihat sebuah group yang menggelarkan diri mereka PAPERWORK yang dianggotai oleh Azahari, Hafiz dan Ifwat yang berada di atas pentas SMK Sultan Ismail 2 mendendangkan lagu Nirvana - About a Girl pada Hari Guru. Azahari adalah seorang yang berpengaruh dalam membawa aliran muzik Grunge di kalangan budak² sekolah aku. Melihat jari jemarinya yang lembut memetik tali gitar dengan lincah membuatkan aku menanam azam untuk belajar bermain gitar.

Tahun 2003:
Aku rela menipu cikgu untuk mendapatkan duit biasiswa untuk membeli sebuah gitar. Aku katakan pada cikgu aku mahu membeli buku dan alatulis. Aku yakin takkan dapat duit jika aku minta dengan ayahku untuk membeli gitar. Apa yang akan aku dapat adalah penyepak dan penyiku. Dengan membonceng basikal Winter Sonata milik kawanku Wafa, kami ke bandar untuk membeli sebuah gitar. Harga gitar jenama Kapok pada masa itu adalah RM98. Aku pulang dengan hati yang gembira bersama gitar pertamaku (ia adalah gitar pertama dan terakhir).  Aku sorokkan gitar di dalam almari baju. Masa yang paling sesuai untuk bermain gitar adalah pada waktu malam. Kebetulan pada tahun ni aku tinggal dengan nenekku yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumahku. Jadi waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk aku sebatikan jari²ku dengan gitar baru ini. Guru pertamaku adalah buku chords. Setiap malam aku menghafal chords² basic. Aku mengambil masa 6 bulan untuk betul² mahir. Tatkala aku dapat memetik gitar dengan lagu Cromok – Another You, aku yakin aku sudah mahir.

Tahun 2004:
Aku dipelawa oleh Ifwat untuk menyertai group PAPERWORK kerana yakin dengan kebolehanku bermain gitar. PAPERWORK kehilangan pengasasnya Azahari yang pada masa itu terpaksa ikut family berpindah ke Sarawak. Jadi aku terima pelawaan Ifwat dan bermain di posisi Lead Guitar. Aku bawa pula muzik grunge Malaysia di dalam group ini dan hampir semua lagu Butterfingers kami ber’jamming’ bersama.. Dimana ada pusat jamming, disitu ada kami. Pada masa ini kami masih lagi naïf dan hanya mampu untuk bermain lagu orang lain. Walaupun tahun ini adalah tahun peperiksaan SPM, tapi apa yang kami fikirkan hanyalah keseronokan.

-----------------

Lama-kelamaan masing² sudah bosan asyik bermain lagu sama setiap kali sesi jamming. Aku memainkan peranan aku untuk memerah otakku mencipta sesuatu untuk band ini. Tapi muzik grunge tidak sebati dalam jiwaku walaupun  sudah setahun aku berada didalam suasananya. Perancangan hanya tinggal perancangan. Tiada usaha. Tiada hasil. Masa berlalu…………………………

-----------------

Tahun 2009:
Syukri menungguku di luar rumah dengan Yamaha Egonya dan ditangannya ada sebuah gitar jenama Yamaha. Katanya ingin menunjukkan lagu baru yang diciptanya sendiri. Aku terpesona dengan muzik yang dibawanya dan ia terus sebati dengan jiwaku. Syukri menyatakan hasrat untuk berganding bahu denganku menubuhkan satu band baru. Lalu aku menyatakan pula hasratnya pada Hafiz selaku pemain Bass Guitar dan Ifwat selaku pemain Drum. Syukri pula ingin berada di posisi Gitar Irama dan Vokalis. Dalam 5 lagu yang ditunjukkan Syukri padaku, aku memilih hanya 2 lagu untuk dimainkan. Dan satu lagu aku cipta sendri. Setelah masing² memainkan peranan untuk menambah perisa di dalam lagu², maka tertubuhlah satu band yang bernama Plastik. Kami berjaya merekodkan lagu² kami di sebuah studio di Cheras. 3 lagu berjaya direkod walaupun kualitinya sangatlah tidak memuaskan.


-----------------

Konflik mula timbul apabila masing² tidak berpuas hati dengan vokal si vokalis. Dan si vokalis pula berkeras tidak mahu mengundur diri. Tiada ketegasan dalam ahli band umpama tidak mengambil berat tentang kualiti dalam sesebuah band. Aku mula tawar hati.
Satu hari aku mengambil keputusan yang perit dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada pembelajaran agama. Walaupun dalam hati ini masih kuat ingin bersama kawan² seperjuangan dalam menaikkan nama band yang baru setahun jagung ini. Namun apakan daya, aku dapat merasakan mustahil untuk berjaya jika salah seorang tidak mempunyai fikiran yang terbuka.

Tahun 2012:
Gitar Kapokku entah kemana. Hilang dari pandangan. Gitar abangku yang aku pinjam sudah berhabuk dan menjadi tempat sarang labah². Aku mengambil dan mendendangkan lagu² band Plastik. Dan ingatanku kembali aktif mengenangkan satu hasrat yang tidak kesampaian. Dalam hatiku berkata, “Maafkan aku wahai kawan²ku yang disayangi. Aku amat merindui saat² itu!”

---------------

* Entry ini khas untuk ahli band Plastik: Hafiz, Ifwat dan Syukri


Thursday 1 March 2012

Teka- Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

(Sumber Iluvislam.com)

My Blog List