Bilakudahbosan: Ingatan Plastik

Friday 2 March 2012

Ingatan Plastik

 Assalamualaikum,

Di dalam hati ini tak pernah hilang minatku terhadap muzik. Setiap hari setiap masa dan setiap saat dalam hidupku muzik tidak pernah berhenti berdendang di dalam kepala hotak aku yang berjambul ni. Aku juga tidak nafikan aku merindui zaman remaja dulu.

----------------

Tahun 2002:
Aku terpesona tatkala melihat sebuah group yang menggelarkan diri mereka PAPERWORK yang dianggotai oleh Azahari, Hafiz dan Ifwat yang berada di atas pentas SMK Sultan Ismail 2 mendendangkan lagu Nirvana - About a Girl pada Hari Guru. Azahari adalah seorang yang berpengaruh dalam membawa aliran muzik Grunge di kalangan budak² sekolah aku. Melihat jari jemarinya yang lembut memetik tali gitar dengan lincah membuatkan aku menanam azam untuk belajar bermain gitar.

Tahun 2003:
Aku rela menipu cikgu untuk mendapatkan duit biasiswa untuk membeli sebuah gitar. Aku katakan pada cikgu aku mahu membeli buku dan alatulis. Aku yakin takkan dapat duit jika aku minta dengan ayahku untuk membeli gitar. Apa yang akan aku dapat adalah penyepak dan penyiku. Dengan membonceng basikal Winter Sonata milik kawanku Wafa, kami ke bandar untuk membeli sebuah gitar. Harga gitar jenama Kapok pada masa itu adalah RM98. Aku pulang dengan hati yang gembira bersama gitar pertamaku (ia adalah gitar pertama dan terakhir).  Aku sorokkan gitar di dalam almari baju. Masa yang paling sesuai untuk bermain gitar adalah pada waktu malam. Kebetulan pada tahun ni aku tinggal dengan nenekku yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumahku. Jadi waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk aku sebatikan jari²ku dengan gitar baru ini. Guru pertamaku adalah buku chords. Setiap malam aku menghafal chords² basic. Aku mengambil masa 6 bulan untuk betul² mahir. Tatkala aku dapat memetik gitar dengan lagu Cromok – Another You, aku yakin aku sudah mahir.

Tahun 2004:
Aku dipelawa oleh Ifwat untuk menyertai group PAPERWORK kerana yakin dengan kebolehanku bermain gitar. PAPERWORK kehilangan pengasasnya Azahari yang pada masa itu terpaksa ikut family berpindah ke Sarawak. Jadi aku terima pelawaan Ifwat dan bermain di posisi Lead Guitar. Aku bawa pula muzik grunge Malaysia di dalam group ini dan hampir semua lagu Butterfingers kami ber’jamming’ bersama.. Dimana ada pusat jamming, disitu ada kami. Pada masa ini kami masih lagi naïf dan hanya mampu untuk bermain lagu orang lain. Walaupun tahun ini adalah tahun peperiksaan SPM, tapi apa yang kami fikirkan hanyalah keseronokan.

-----------------

Lama-kelamaan masing² sudah bosan asyik bermain lagu sama setiap kali sesi jamming. Aku memainkan peranan aku untuk memerah otakku mencipta sesuatu untuk band ini. Tapi muzik grunge tidak sebati dalam jiwaku walaupun  sudah setahun aku berada didalam suasananya. Perancangan hanya tinggal perancangan. Tiada usaha. Tiada hasil. Masa berlalu…………………………

-----------------

Tahun 2009:
Syukri menungguku di luar rumah dengan Yamaha Egonya dan ditangannya ada sebuah gitar jenama Yamaha. Katanya ingin menunjukkan lagu baru yang diciptanya sendiri. Aku terpesona dengan muzik yang dibawanya dan ia terus sebati dengan jiwaku. Syukri menyatakan hasrat untuk berganding bahu denganku menubuhkan satu band baru. Lalu aku menyatakan pula hasratnya pada Hafiz selaku pemain Bass Guitar dan Ifwat selaku pemain Drum. Syukri pula ingin berada di posisi Gitar Irama dan Vokalis. Dalam 5 lagu yang ditunjukkan Syukri padaku, aku memilih hanya 2 lagu untuk dimainkan. Dan satu lagu aku cipta sendri. Setelah masing² memainkan peranan untuk menambah perisa di dalam lagu², maka tertubuhlah satu band yang bernama Plastik. Kami berjaya merekodkan lagu² kami di sebuah studio di Cheras. 3 lagu berjaya direkod walaupun kualitinya sangatlah tidak memuaskan.


-----------------

Konflik mula timbul apabila masing² tidak berpuas hati dengan vokal si vokalis. Dan si vokalis pula berkeras tidak mahu mengundur diri. Tiada ketegasan dalam ahli band umpama tidak mengambil berat tentang kualiti dalam sesebuah band. Aku mula tawar hati.
Satu hari aku mengambil keputusan yang perit dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada pembelajaran agama. Walaupun dalam hati ini masih kuat ingin bersama kawan² seperjuangan dalam menaikkan nama band yang baru setahun jagung ini. Namun apakan daya, aku dapat merasakan mustahil untuk berjaya jika salah seorang tidak mempunyai fikiran yang terbuka.

Tahun 2012:
Gitar Kapokku entah kemana. Hilang dari pandangan. Gitar abangku yang aku pinjam sudah berhabuk dan menjadi tempat sarang labah². Aku mengambil dan mendendangkan lagu² band Plastik. Dan ingatanku kembali aktif mengenangkan satu hasrat yang tidak kesampaian. Dalam hatiku berkata, “Maafkan aku wahai kawan²ku yang disayangi. Aku amat merindui saat² itu!”

---------------

* Entry ini khas untuk ahli band Plastik: Hafiz, Ifwat dan Syukri


3 comments:

My Blog List