Bilakudahbosan: Auto Shutdown Untuk Windows 7: Cara Manual

Monday 26 March 2012

Auto Shutdown Untuk Windows 7: Cara Manual

Assalamualaikum,

How to automatically shut down your windows 7

Hari ni aku nak jadi cikgu. Aku nak ajar cara-cara untuk setting auto shut down tanpa memuat turun software. Sesuai bagi orang yang malas shut down komputer ataupun laptop. Sebelum ni aku suka pasang mp3 mengaji sambil tido..hahahaha :P Jadi aku pon cari la cara macam mana nak auto shutdown tanpa muat turun software. Bukan tak nak download tapi tak yakin dengan free software yang kebanyakannya ada virus.

Ok. Kita proceed kepada cara-caranya. Benda pertama sekali:

(KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)

Klik kat Start -> Control Panel:


Step 2: Akan keluar kotak Control Panel. Klik 2 kali dekat Administrative Tools.

Step 3: Kotak seterusnya akan keluar. Klik 2 kali pada Task Scheduler.


Step 4: Selepas kotak Task Schedular keluar, fokus pada sisi kanan kotak itu. Klik pada Create Basic Task...


Step 5: Satu kotak misteri akan keluar. Tulis name dan description. Contoh seperti berikut:


Step 6: Klik Next. Seterusnya pilih bila kita mahu task ini start. Kalau hari-hari rasa malas nak shutdown pilih Daily. Kalau hari ni je rasa malas, pilih One Time.


Step 7: Klik Next. Seterusnya set tarikh dan masa yang kita mahu untuk shut down pc tu.


Step 8: Klik next lagi. Klik browse dan cari file seperti ditunjukkan di dalam gambar di bawah. File shutdown berada di C:/windows/system32/shutdown.exe. Di dalam kotak Add Arguments (optional), letakkan /s. Rujuk gambar di bawah.


Step 9: Satu kotak Summary keluar memberi makna anda telah sampai ke penghujung.


SIAAAPPPP!!! Sekarang tengok pada Task Scheduler. Untuk remove atau edit, Klik dua kali pada Task Name yang telah anda buat sebentar tadi.


Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

My Blog List