Assalamualaikum,
![]() |
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas |
Pengertian Tabarruj
Tabarruj ialah mendedahkan
kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di
anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
...
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh
dari bermake-up (tabarruj)
Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam
Maka
dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt
andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :
“Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain
tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan
laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung. ”
( QS An Nur : 31)
Ketahuilah
bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang
bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..
Bukanlah
terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan
mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu
mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman
Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian
leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka
dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai
oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan
sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada
dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau
kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara
ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka
sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt.
Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu
menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.
Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :
Janganlah menampakkan perhiasannya
Rasulullah saw bersabda :
Telah
berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi
s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya
dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah
baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini,
sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”
“Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan”
Dengan
ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau
dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang
bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh
wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah
dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada
alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan
yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita
itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang
lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.
Ada
pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan
pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya
yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan
terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah
jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.
Ada
fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,
selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan
keindahan mahkotanya.
Idea dan usaha ini dilakukan supaya
tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang
bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula
menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan
zaman.
Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah
salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di
dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri
sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita
yang bermake-up .
Ada pun di kalangan wanita bertudung
sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi
mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di
pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul
dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan
perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj
itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda
ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika
anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki
anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar
panjang di dalamnya.
Kerana rata-rata wanita beralasan
bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah
lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah
pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa
sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan
pandangan Allah daripada pandangan manusia.
Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya
Dari
kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita
(tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga
terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau
menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini
akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi
gemerincing pada gelang kaki tersebut.
Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w
“Hai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al Ahzab : 59 )
Dari
ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah
sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas
hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu
wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada
lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang
berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi
penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan
bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan
bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau
Redha Allah yang berkekalan?
Selain itu, wanita dilarang
sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah .
Di mana Rasulullah saw bersabda
“Wanita apabila memakai
wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu
begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
Pendedahan
perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan
tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap
lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki
terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi
umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan
yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak?
Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak
ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara
penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya :
“Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat."
(QS Annur : 30)
Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.
PANDANGAN ULAMA
Pada
dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri
agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Perhiasan itu
selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘
adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah
memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke
masjid, firmanNya:
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)
Perhiasan
itu fungsinya bukan setakat untuk memperindah dan mencantikkan tubuh
badan dan sesuatu tempat saja, seperti dinding-dinding dan ruang-ruang
tertentu di dalam rumah, di masjid dan sebagainya, tetapi juga fungsinya
menjadi alat dan bahan untuk kegunaan suatu tujuan, sama ada ianya
digunakan kerana ada keperluan, seperti untuk perubatan, ataupun
digunakan tanpa ada keperluan, seperti pinggan dan cawan yang diperbuat
daripada perak atau emas digunakan untuk makan dan minum kerana
semata-mata menunjukkan a kehidupan yang mewah.
Namun
begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk
dijadikan bahan kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis
panduan hukum syara‘ yang menentukan bahan-bahan perhiasan mana yang
boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-laki mahupun
perempuan.
Pembahasannya lebih kurang sama dalam
menafsirkan `perhiasan yang zahir’. Berikut ini adalah apa yang tersebut
di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud
`perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat,
iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash
dari Ibnu Mas’ud. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said
bin Jubair dari Ibnu Abbas
2. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
3. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
4. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
5. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
6. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Dan
tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku
(tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)
Dalam
Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnyn
wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau
tujuan ia dilakakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk
ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak
bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj
dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau
memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah
melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu
terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat
lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya
sepatutnya wajib ditutup.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu
ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah
pertama/awal memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan
yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan
tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di
jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat
dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan
kemewahan.
Wanita bersolek untuk suami
Islam
tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh
syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian
suaminya. Tetapi haram jikan bertujuan untuk menarik perhatian
lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan
aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga
mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj
jahiliah).
Hukum wanita memakai bau-bauan
Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
Wajib wanita berwangi-wangian
Ketika
suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu
malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai
bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw
bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya
sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Maksud
menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek
fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias
dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami,
semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi
sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram
bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang
melarang wanita berbuat demikian.
Waktu Sunat wanita berwangi-wangian
i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan
dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah,
bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang
melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.
Walau
bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan
kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat
bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama
wanita.
Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain
yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi
tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnamya.
Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna
dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)
Bahkan Aisyah
sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian
tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyay “Aku
memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan
ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan
Tarmizi)
Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi
wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat
keterangan bahawa Aisyah berkata “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw)
pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram,
kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah
seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga
ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami
(ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Berdasarkan
hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat
sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.
Imam
Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian
dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun
zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada
mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika
hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun
baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)
Namun Imam ada
memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram,
hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang
berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga
sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu
memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian
itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan
bau-bauan” (al-Minhaj)
Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli
menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang
membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar
daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan
haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair,
Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh
Muslim oleh as-Sauri)
Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian
Hukum
berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum
disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam
Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika
berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu
yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan
oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki
dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan
waktu-waktu itu ialah seperti berikut:
i- Rasulullah saw
bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian
melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang
ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama
(dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)
ii-
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang
wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu
beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid.
Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima
solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan
mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
iii-
Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah
seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai
bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)
iv- Dari Abu
Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai
bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu
Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu
Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi
seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu
paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak
menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana
wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.
vi-
Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian
melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya)
dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira
(berdosa) sama dengan melakukan zina”
vii- Ibnu Hajar
dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai
bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan
oleh suaminya”
viii- Bagi wanita yang kematian suami,
ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu
fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam
iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”
Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai paduan
أيَّمَا
امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، فَقَدْ
هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Siapa
saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah
suaminya, maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan
Allah Azza wa Jalla.
مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Maksudnya
adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik
pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap,
bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun
lemah, tetapi artinya benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah
siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan.
Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang
yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak kasturi."
سَيَكُونُ
فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ
كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
“Akan
ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi
telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena
mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”
Semua
orang ingin kelihatan cantik dan menarik, sama ada lelaki atau
perempuan. Lelaki tidak boleh berhias dengan menggunakan alat-alat
solekan perempuan. Lelaki kelihatan kemas dan menarik melalui penampilan
diri atau pakaian mereka. Segala hadis yang dinyatakan di atas adalah
berkenaan dengan larangan kepada golongan wanita dan tidak kepada
lelaki. Oleh itu, lelaki dibolehkan menggunakan wangian yang sesuai,
tidak bertujuan menunjuk-nunjuk, manakala wanita tidak harus
menggunakannya untuk menarik perhatian orang lain agar memandang
kepadanya. Tetapi harus menggunakannya hanya sekadar inging
menghilangkan bau busuk badan agar disenangi oleh masyarakat sekeliling.
![]() | ||||||||
Tabarruj |
![]() |
Menutup aurat dengan betul |
![]() | ||
Seksi dan sopan tidak boleh dicampur |
Source: Abdul Rahman Yusoh
satu huraian yang panjang. kalau x paham lagi tak tau lah.. kesimupulannya, tutup lah aurat..dan jangan jual muka kat facebook, blog.hehe ye dak.
ReplyDeleteya btol!!!
ReplyDelete