Bilakudahbosan: Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

Monday, 19 March 2012

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

Assalamualaikum,



Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab. "Ada..iaitu api." (Besi dicairkan oleh api bahkan mendidih setelah dibakar dengan api).

Malaikat bertanya lagi. "Ya Rabbi, masih adakah sesuatu dalam penciptaanMu lebih hebat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab. "Ada, iaitu air." (api yang membara macam mana pun akan terpadam dengan simbahan air).
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab. "Ada iaituangin." (air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNya menjawab, "Ada..iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementera tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat al-Tirmizi)

p/s : ingat kebaikan orang kepada kita..lupakan kebaikan kita kepada orang.

source: Syukram Mohd Idris

3 comments:

  1. sedekah, benda yang dituntut. ajaibnya sedekah. ada aura tersendiri dalam bersedekah..sama2 amal kan!

    ReplyDelete
  2. yg ajaibnya...bila bersedekah, duit kita makin bertambah..bukan berkurang..

    ReplyDelete

My Blog List