MITTERLABILL (Austria) – Seorang lelaki
yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus
mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh
bekerja walaupun kakinya kudung.
Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja
dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan
jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan
pusat pekerjaan.
Dan apabila dakwaannya menyatakan dia
terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan
tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari
Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong
kakinya – sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada
pakar bedah dapat menyambungkannya semula.
Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan
memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan
dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap
polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu
hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di
rumah.
“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji
itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali – mencampakkannya
ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di
mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis
memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum
petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang
dipotong di dalam ketuhar.
** Ada rupanya orang camni dalam dunia ek..aku ingat aku la orang yang paling malas bekerja... rupanya dia ni lagi teruk tahap cimpanzi makan nasik...
** Ada rupanya orang camni dalam dunia ek..aku ingat aku la orang yang paling malas bekerja... rupanya dia ni lagi teruk tahap cimpanzi makan nasik...
Sumber: mynewshub.my
erkkk macam2...
ReplyDeleteayo yo....kasi potong kapla terus la...haha
ReplyDeletedah xde dua2 kaki tapi kne keje lagi...hahahaa...kesian2
ReplyDelete