Assalamualaikum,
“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya
nanti kita akan kembali “.
“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata
: Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita
akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155
Aku sabar menanti di dalam bas yang bergerak dari
Kuantan ke Kemaman. Ia mengambil masa sehingga hampir 2 jam untuk sampai ke
destinasi kerana bas bergerak amat perlahan dan selalu berhenti mengambil
penumpang selain keadaan bas yang amat
uzur. Sehingga orang yang sedang duduk didalamnya seperti menari-nari ketika
bas bergerak.Fikiranku
melayang sambil muzik sentimental bermain-main dalam fikiranku. Tidak aku
menyangka masa cepat berlalu. Aku telah pun berada di semester kedua di sebuah kolej tajaan Mara. Dan tidak
menjadi masalah bagiku untuk balik ke kampung halaman setiap minggu kerana
jarak dari kolej ke rumah tidaklah jauh mana.
"Assalamualaikum.....," aku memberi salam sambil membuka
pintu utama rumahku.
Orang yang pertama yang kulihat adalah Tok Wan ku.
Tok Wan menyapa, "Ha, dah balik dah.." sambil tersenyum. Aku membalas senyuman itu dan terus meletakkan beg di ruang tamu.
Aku merebahkan diri di ruang tamu dan menghadap betul-betul di depan TV. Ia
adalah hari yang aman damai seperti hari-hari biasa dalam hidupku. Aku menaip
SMS. Bertanya khabar kawan-kawan lama. Agaknya malam ni boleh melepak seperti
biasa. Lagi bagus kalau boleh "jamming". Kepala rasa bagai nak
'menghangguk' jer. Disebabkan penat, aku terlelap seketika....
Bila aku membuka mata, Tok Wan sudah tidak ada di ruang tamu. Dia
sudah balik ke rumah. Rumah Tok Wan hanya bersebelahan dengan rumahku. Sebelum
ini aku yang menemani Tok Wan selama hampir 2 tahun semasa aku masih bersekolah
di tingkatan 4 dan 5. Akulah yang menemaninya bersahur dan berbuka di bulan
puasa. Aku amat suka bau bantal Tok Wan. Aku juga suka tidur dalam bilik Tok Wan
yang sejuk dan nyaman. Cuma kadang-kadang aku terpaksa melancarkan perang
terhadap lipas-lipas yang merayap di mukaku. Biasalah rumah lama. Selepas abang
aku berkahwin, dia mengambil alih tempatku menjaga Tok Wan sekaligus merampas
bilikku yang disebelah bilik Tok Wan. Aku tiada bilik lagi selepas itu. Tempat
mana dapat aku tidur, kat situlah bilik aku. Biasalah adik-beradik ramai. Aku
menerima dengan hati yang sabar.
Aku terbabas rupanya. Tidur sehingga hari hampir gelap. Aku terus
mencapai tuala dan mandi. Selesai mandi, aku duduk di kerusi di ruang tamu
menonton TV bersama keluarga. Terdengar angin di luar sangat kuat. Ribut sedang
melanda. Tapi tiada hujan dan tiada petir. Sedang asyik menonton TV, aku
seperti terdengar suara orang menjerit. Aku terus keluar dari rumah bersama
ayahku. Di dalam ribut, aku terlihat abangku berlari sambil mendukung Tok Wan.
Aku bagaikan terkena kejutan elektrik pada masa itu. Abangku terus membawa Tok
Wan masuk ke dalam rumah dan ayahku memangku kepala Tok Wan. Mata Tok Wan
terpejam dan tidak bernafas. Abangku cuba menekan dada Tok Wan beberapa kali
dan nampak seperti berhasil. Tok Wan menarik nafas panjang. Dan
berhenti...............
Abangku mengalirkan airmata. Aku terpaku. Ayah menelefon
bapa saudaraku Dr Zawawi. Selepas beberapa minit, bapa saudaraku tiba dan
memeriksa nadi dan jantung Tok Wan. Dia kemudian bangun dan duduk di kerusi
ruang tamu. Melihat ke arah ayahku dan menggelengkan kepalanya. Ibuku menangis
tapi bapaku menegur supaya jangan menangis. Ibuku menahan airmatanya. Aku hanya
menundukkan kepala. Tiada airmata. Dan hatiku seolah-olah menerima pemergian
Tok Wan. Tiada rasa kesal dalam hatiku kerana aku tahu Allah amat menyayangi
Tok Wan. Sebab itu matinya amat mudah.............Tidakku sangka sapaan pada
petang tadi adalah sapaan yang terakhir Tok Wan padaku..........
-------------------------------------
Sebulan berlalu.........(bulan Ramadhan)
Aku bermain di dalam bilik Tok Wan. Aku terlihat satu bekas besar
yang ada penutup. Aku buka penutupnya dan aku dapati ada satu kitab didalamnya.
Aku mengambil kitab itu dan aku pergi ke luar rumah. Tiba-tiba aku mencampak
kitab itu ke luar rumah. Aku merasa pelik.
Dalam fikiranku berkata-kata, "kenapa aku buang kitab
itu?"
Lalu aku patah balik dan ambil kitab itu masuk ke dalam rumah Tok
Wan.
Aku tersentak apabila Tok Wan menegurku, "Kenapa buang kitab
tu?"
Tiba-tiba sekelilingku menjadi putih seolah-olah aku berada di
alam lain. Tiada siapa pun. Badanku bergerak ke depan seolah-olah terapung di
awangan. Mataku hanya fokus pada objek asing yang semakin mendekat di depanku.
Semakin dekat. Semakin dekat. Aku tersentak.
"TOK WAN!!!"
Kelihatan Tok Wan sedang duduk. Tanpa berkata walau sepatah
perkataan pun aku terus menghulur tangan dan bersalaman dengan Tok Wan. Aku
memeluk Tok Wan sambil menangis. Dan aku juga terdengar tangisan Tok Wan. Air
mataku mengalir buat kali pertama setelah sebulan Tok Wan pergi. Cahaya putih
semakin hilang. Sedikit demi sedikit.Gelap. Aku membuka mataku. Mimpi rupanya. Airmata aku masih
mengalir. Terdengar ibuku membuka pintu.
"Bangun, sahur." Ibuku mengejutkan aku.
Aku bangkit. Di meja makan aku teringatkan kembali mimpi tadi. Dan
aku percaya itu bukan mainan tidur. Aku seperti perasan ada 2 susuk yang berada
di belakang Tok Wan dalam mimpi tadi. Tapi mataku seperti tidak membenarkan aku
melihatnya.
Aku memberitahu ibuku, "Tadi mimpi Tok Wan."
Ibuku membalas, "Hm..Jumpa semua cucu-cucu dia..."
Hatiku girang kerana Tuhan Yang Maha Esa membenarkan aku berjumpa
Tok Wan untuk kali yang terakhir...........
-------------------------------------
6 tahun berlalu.......
Tiada lagi mimpi Tok Wan walaupun aku selalu berdoa ingin berjumpa
Tok Wan sekali lagi. Tapi yang aku dapat hanyalah mimpi mainan tidur. Tidak
sama dengan mimpi Tok Wan sebelum ini. Mimpi itu tersangatlah seperti berada di
dalam dunia realiti. Setiap kali mengunjungi kubur Tok Wan aku takkan dapat
menahan sebak. Kerana aku teringatkan salah silapku. Aku menengking Tok Wan.
Aku lari bila Tok Wan minta tolong. Aku biarkan Tok Wan keseorangan dan melepak
bersama kawan-kawan. Aku tak hiraukan pesan Tok Wan. Aku tak tunaikan
permintaan Tok Wan. Aku selalu balik lewat malam. Aku biarkan Tok Wan bersahur
seorang diri semasa aku malas bangun.
Tapi Tok Wan tetap cakap "Tok Wan maaf belaka dah....."
Tok Wan tetap mahu berjumpaku hinggakan dalam
mimpi...............Tok Wan...Jika mampu diputarkan masa kembali ke masa dulu,
akanku tunaikan segala permintaan Tok Wan.....Jamal rindukan Tok Wan....Jamal
rindukan Tok Wan...Jika kita berjumpa lagi, Jamal mahu memimpin tangan Tok Wan
kemana saja Tok Wan pergi.............
Buat abangku Aduka5, Tok Wan bahagia di
sana.........
Chik binti Salleh (Tok Wan) - Di luar rumah Tok Wan |
**Rantaian dari post Aduka5 - Aku Sayang Tok Wan
post pertama yg bjaya wat umi mnangis kat depan netbuk...
ReplyDeleteerrr..napa x mao benti nngis nihh...adoii :'(
smoga tok wan abg dtempatkan dlm golongan org2 yg briman n bhagia kat sana..:)
jgn la nangiss......nnt abg pon nangis gakkk..........
ReplyDelete