Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan
'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan
depan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.
"Ia
sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi
dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan
PTPTN," katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq
Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia
(PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah
Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.
Sementara itu, Mohamad
Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan
pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan
agama, bermula tadika sehingga PhD.
Katanya saban tahun, semakin
ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman
dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
"Malaysia adalah sebuah
negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi
yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.
"Melalui hasil
cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada
peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak
mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.
Hafizudin
mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang
sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan
negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.
** Walaupun bunganya hanya 1% tapi ia tetap membebankan peminjam. Dan yang paling penting ia adalah satu RIBA!! Bg free sudah la...Malaysia kaya kannnnn??
Sumber: Malaysiakini.com/bmmalaysiakini.com/bm
No comments:
Post a Comment