Assalamualaikum,
Di dalam hati ini tak pernah
hilang minatku terhadap muzik. Setiap hari setiap masa dan setiap saat dalam
hidupku muzik tidak pernah berhenti berdendang di dalam kepala hotak aku yang
berjambul ni. Aku juga tidak nafikan aku merindui zaman remaja dulu.
----------------
Tahun 2002:
Aku terpesona tatkala melihat sebuah
group yang menggelarkan diri mereka PAPERWORK yang dianggotai oleh Azahari, Hafiz
dan Ifwat yang berada di atas pentas SMK Sultan Ismail 2 mendendangkan
lagu Nirvana - About a Girl pada Hari Guru. Azahari adalah seorang yang berpengaruh dalam
membawa aliran muzik Grunge di kalangan budak² sekolah aku. Melihat
jari jemarinya yang lembut memetik tali gitar dengan lincah membuatkan aku
menanam azam untuk belajar bermain gitar.
Tahun 2003:
Aku rela menipu cikgu untuk
mendapatkan duit biasiswa untuk membeli sebuah gitar. Aku katakan pada cikgu
aku mahu membeli buku dan alatulis. Aku yakin takkan dapat duit jika aku minta
dengan ayahku untuk membeli gitar. Apa yang akan aku dapat adalah penyepak dan penyiku. Dengan
membonceng basikal Winter Sonata milik kawanku Wafa, kami ke bandar untuk
membeli sebuah gitar. Harga gitar jenama Kapok pada masa itu adalah RM98. Aku
pulang dengan hati yang gembira bersama gitar pertamaku (ia adalah gitar
pertama dan terakhir). Aku sorokkan
gitar di dalam almari baju. Masa yang paling sesuai untuk bermain gitar adalah
pada waktu malam. Kebetulan pada tahun ni aku tinggal dengan nenekku yang
rumahnya hanya bersebelahan dengan rumahku. Jadi waktu malam adalah waktu yang
paling sesuai untuk aku sebatikan jari²ku dengan gitar baru ini. Guru pertamaku
adalah buku chords. Setiap malam aku menghafal chords² basic. Aku mengambil
masa 6 bulan untuk betul² mahir. Tatkala aku dapat memetik gitar dengan lagu
Cromok – Another You, aku yakin aku sudah mahir.
Tahun 2004:
Aku dipelawa oleh Ifwat untuk
menyertai group PAPERWORK kerana yakin dengan kebolehanku bermain gitar.
PAPERWORK kehilangan pengasasnya Azahari yang pada masa itu terpaksa ikut family
berpindah ke Sarawak. Jadi aku terima pelawaan Ifwat dan bermain di posisi Lead
Guitar. Aku bawa pula muzik grunge Malaysia di dalam group ini dan hampir semua
lagu Butterfingers kami ber’jamming’ bersama.. Dimana ada pusat jamming, disitu
ada kami. Pada masa ini kami masih lagi naïf dan hanya mampu untuk bermain lagu
orang lain. Walaupun tahun ini adalah tahun peperiksaan SPM, tapi apa yang kami
fikirkan hanyalah keseronokan.
-----------------
Lama-kelamaan masing² sudah
bosan asyik bermain lagu sama setiap kali sesi jamming. Aku memainkan peranan
aku untuk memerah otakku mencipta sesuatu untuk band ini. Tapi muzik grunge
tidak sebati dalam jiwaku walaupun sudah
setahun aku berada didalam suasananya. Perancangan hanya tinggal perancangan.
Tiada usaha. Tiada hasil. Masa berlalu…………………………
-----------------
Tahun 2009:
Syukri menungguku di luar rumah
dengan Yamaha Egonya dan ditangannya ada sebuah gitar jenama Yamaha. Katanya
ingin menunjukkan lagu baru yang diciptanya sendiri. Aku terpesona dengan muzik
yang dibawanya dan ia terus sebati dengan jiwaku. Syukri menyatakan hasrat
untuk berganding bahu denganku menubuhkan satu band baru. Lalu aku menyatakan
pula hasratnya pada Hafiz selaku pemain Bass Guitar dan Ifwat selaku pemain
Drum. Syukri pula ingin berada di posisi Gitar Irama dan Vokalis. Dalam 5 lagu
yang ditunjukkan Syukri padaku, aku memilih hanya 2 lagu untuk dimainkan. Dan
satu lagu aku cipta sendri. Setelah masing² memainkan peranan untuk menambah
perisa di dalam lagu², maka tertubuhlah satu band yang bernama Plastik. Kami
berjaya merekodkan lagu² kami di sebuah studio di Cheras. 3 lagu berjaya
direkod walaupun kualitinya sangatlah tidak memuaskan.
-----------------
Konflik mula timbul apabila masing²
tidak berpuas hati dengan vokal si vokalis. Dan si vokalis pula berkeras tidak
mahu mengundur diri. Tiada ketegasan dalam ahli band umpama tidak mengambil
berat tentang kualiti dalam sesebuah band. Aku mula tawar hati.
Satu hari aku mengambil keputusan yang
perit dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada pembelajaran agama.
Walaupun dalam hati ini masih kuat ingin bersama kawan² seperjuangan dalam
menaikkan nama band yang baru setahun jagung ini. Namun apakan daya, aku dapat
merasakan mustahil untuk berjaya jika salah seorang tidak mempunyai fikiran
yang terbuka.
Tahun 2012:
Gitar Kapokku entah kemana. Hilang
dari pandangan. Gitar abangku yang aku pinjam sudah berhabuk dan menjadi tempat
sarang labah². Aku mengambil dan mendendangkan lagu² band Plastik. Dan ingatanku
kembali aktif mengenangkan satu hasrat yang tidak kesampaian. Dalam hatiku
berkata, “Maafkan aku wahai kawan²ku yang disayangi. Aku amat merindui saat²
itu!”
---------------
---------------
singgah sini..smbil baca entry pelstikk..
ReplyDeletethxxxxx syg!!
ReplyDeletecerita soal adik dia yang punya
ReplyDelete