Bilakudahbosan: Hati-Hati Bila Bercakap Tu!

Wednesday 15 February 2012

Hati-Hati Bila Bercakap Tu!

Assalamualaikum,

Aku dengar semacam bunyi hon kat luar rumah aku. Jam menunjukkan pukul 10.40 malam. Aku pun terus keluar rumah. Aku memang tau si Hafiz (bukan nama sebenar) akan datang jemput aku sebab dah janji nak melepak sama². Dah lama aku tak lepak ngan member² sejak bekerja ni. Lepas je aku masuk kereta, Hafiz pun memecut laju menuju tempat lepak yang dah ditentukan di dalam pesanan ringkas SMS sebelum ini. Sebuah restoran mamak yang makanan dan minumannya tak seperti kedai² mamak yang lain yang suka mencekik darah. Sampai ke destinasi terpampang signboard tertulis Restoran Al-Baik. Aku terlihat sudah ada 2 orang member aku yang sudah menunggu di meja makan iaitu Azrul dan Ifwat (bukan nama  sebenar).

--------

Aku menghirup air teh o ais yang begitu nikmat sekali dengan dimulakan dengan basmallah. Lalu aku berborak dengan sahabat² lama aku. Azrul sering bertanya tentang pekerjaanku. Maklumlah kitorang bekerja di dalam sektor yang sama, minyak dan gas. Tiba² Azrul mengeluarkan satu kenyataan yang mencetus kesedaran dalam hati aku. "Petronas banyak berjasa pada orang Melayu. Jika takde Petronas rasanya Melayu takkan dapat hidup". Ucapan yang ringkas tetapi kesannya sangat mendalam. Apakah yang aku fikir sama dengan apa yang korang berfikir sekarang? Kenapa aku berkata kesannya amat mendalam? Aku hanya berdiam diri jer selepas Azrul kata macam tu. Otak aku ligat mengingatkan kata-kata guruku tentang bahayanya syirik khafi. Apa itu syirik khafi?


"syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar."
- iluvislam.com

Aku juga teringat satu kisah yang diceritakan oleh member aku yang belajar satu kolej dengan aku dulu. Dia sedang study dengan seorang kawan. Dia sempat berborak dengan atuk kawannya tu. Atuk tu mungkin seorang yang fanatik pada satu parti politik di Malaysia. "U*** banyak berjasa pada negara kita. Jika tiada U*** di Malaysia, kita takkan dapat makan," kata Atuk tu. Adakah rezeki terletak pada tangan makhluk?? Aku cukup marah selepas member aku cerita pasal ni. Haih..mulut memang payah nak dijaga.Umpama bergantung hati pada makhluk yang bukan penciptanya.

Memang best berborak tetapi kita mesti belajar batas² percakapan kita. Masih banyak jenis lagi yang boleh mendatangkan syirik khafi seperti ujub, riya', dan takabbur. Kita mesti tanamkan dalam hati apa yang kita lihat itu semuanya adalah kerana Allah taala. Aku bukan saja bercakap mengenai niat tetapi kejadian. Contohnya anda haus, anda meminum air lalu hilanglah haus itu. Adakah air itu yang menghilangkan dahaga ataupun Allah Taala? Renung²kan dan selamat beramal.

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)

2 comments:

  1. terima kasih tuan di atas post yg sangat baik ini..semoga mendapat manfaat utk semua pembaca insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Allahumma Solliala Saiyidina Muhammad saw!

    ReplyDelete

My Blog List