Bilakudahbosan: Kisah Semut dan Manusia

Tuesday 21 February 2012

Kisah Semut dan Manusia

Assalamualaikum,

Mari kita baca satu kisah menarik tentang semut di zaman Nabi Sulaiman dan manusia akhir zaman (kita la tu).. semoga dengan membaca kisah ni kita akan jelas dan faham mengenai rezeki di tangan Allah..mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

MANUSIA

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. 



Ketahuilah rezeki yang kita dapati adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah,semuanya telah ditetapkan pada azali lagi, namun demikian kita tidak tahu banyak mana rezeki kita dan Allah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkannya. Apabila kita berusaha, lalu Allah memberi rezeki pada kita, pada zahirnya kita berusaha yg menyebabkan dapat rezeki, hakikatnya Allah telah menetapkan rezeki tersebut pada azali lagi.Maka jangan kamu lihat kerana usaha kita,kita dapat rezeki tetapi lihatlah kerana Allahlah yang memberi rezeki, Allah tidak berhajat kepada kita, kitalah berhajat kepadaNya,Jadilah kita pada zahirnya bergantung pada usaha dan pada batinnya berpegang semuanya daripada Allah Ta'ala, Ingat, jangan berpegang pada takdir tanpa usaha dan jangan juga berusaha sampai melupakan takdir, lalu berkata " aku dapat harta ni kerana usaha aku bersungguh2 lalu di dalam hatinya melupai Allah yang memberi rezeki.Berusahalah dan bekerjalah kamu apabila mendapat rezeki lalu ingat dalam hati ini semuanya rezeki daripada Allah Ta'ala. Inilah ilmu tauhid tasawuf pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wallahu A'lam.

5 comments:

  1. assalam,
    entry yg mnarik..
    n boleh djadikan tauladan brsama..
    <--klau umi jd semut tu umi da lma abiskan gndum tu(cepat pcaya kat org :P)

    ReplyDelete
  2. pengisian yang amat terkesan. peringatan dah tersedia di dalam Al-Quran dengan kisah2 anbia, cuma tgu kita nak singkap jah. semua rezki datang dari Allah.nice shared bro...

    ReplyDelete
  3. Syukran ya akhi..semoga dapat ambil peringatan..

    ReplyDelete

My Blog List