Bilakudahbosan: Say No To Valentine's Day

Monday 13 February 2012

Say No To Valentine's Day

Assalamualaikum,

Umum sudah mengetahui apa itu Hari Valentine. Jadi tak perlu aku membebel lagi pasal benda ni. Cuma nak ingatkan anak muda di luar sana jauhi diri anda dari menyambut benda yang tak ada faedah ini. Yang tak tau pegi belajar. Jangan pandai belajar ngorat aweks jer. 14 haribulan Februari ni jatuh pada hari selasa. Budak-budak sekolah mesti ada yang gatal-gatal punggung nak menyambutnya dengan aweks atau balaks kesayangan mereka. Remaja-remaja kat kolej mesti outing dengan kesayangan mereka. Ada yang beri hadiah. Ada yang ajak pegi tengok wayang. Yang paling busuk pun ajak gi jalan-jalan dating kat taman. Yang paling teruk ada yang sampai check in bilik. Tunggu 9 bulan nanti buka TV ada la berita mayat bayi dijumpai. Apa kejadahnya ini?

Itulah anak muda. Jiwanya masih tidak kuat. Agamanya tidak kukuh. Fikiran hanya mahu enjoy. Bila ditegur dia memberontak. Memberi susah pada mak bapak. Tiada apa manfaat. Lebih baik banyakkan selawat atas nabi junjungan kita Muhammad SAW. Maulidurrasul baru je lepas seminggu. Masih ada surau2 atau masjid² yang menyambutnya. Tukar sikit gaya dating tu. Ajak aweks atau balaks pegi surau dengar kuliah. Ada banyak surau² yang berselawat, berzikir, bermunajat kat sekeliling kita ni. Kita je yang tak tau. Yang kita tau citer ape yang ada kat wayang minggu ni...ye tak?

Benda ni bukan orang yang beragama islam yang menyambutnya. Orang nasrani. Bila kita ikut budaya orang nasrani kita pun jadi orang nasrani la. Marah? Sila baca ayat di bawah:



Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
 

3 comments:

  1. semoga KERAjaan berwajib dapat meluaskan kempem2 kesedaran tentang haramnye valentine nih. rasa2 velentino rosli ada kena mengena?

    ReplyDelete
  2. valentino rosli????rossi laaaaa...hahahha

    ReplyDelete

My Blog List