Bilakudahbosan: The Secret Of Health and Beauty

Wednesday 14 March 2012

The Secret Of Health and Beauty


- minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi
- banyakkan makan ulaman dan buahan
- jangan tinggal solat
- ramah-tamah terhadap jiran dan masyarakat
- hindarkan perasaan dengki dan iri hati
- tersenyum setiap hari
- makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang


RAWATAN MATA YANG LEBAM
ambil sebiji timun, hiris nipis-nipis
setelah itu letakkan di bawah kelopak mata anda
lakukan setiap hari sehingga kesan lebam di mata anda hilang

MENGHILANGKAN DENGKUR
adalah dengan cara menggunakan buah badam..
ambil 7 bijih buah badam, tumbok hingga lumat
dan campurkan dengan air susu yang suam,
kacau campuran ini sehingga sebati
dan minumlah sebelum tidur.
amalkan selalu insya Allah dengkurnya
akan beransur hilang

SUSU GEBUKAN KULIT
untok mengubah kulit anda yang kotor dan hitam
menjadi putih dan gebu, anda buleh mengamalkan
mandian susu dua kali sebulan.
insya Allah kulit anda akan nampak bersih dan gebu

MADU KERINGKAN KULIT MUKA
ambil satu sudu madu lebah,
parut sedikit kunyit basah yang telah di bersih,
kedua bahan tadi di campur
setelah itu sapu lah pada kulit muka anda yang berminyak,
biar kan kering
setelah itu baru lah di bilas dengan air bersih

HILANGKAN KARAT GIGI
ambil sebiji pinang tua , keringkan dan di kacip halus
setelah itu isi pinang tersebut di bakar hingga hangus
anda buleh gunakan isi pinang itu untok menggosok gigi yang berkarat
lakukan sekali sehari.
anda akan dapati gigi anda putih kembali

URAT KAKI TIMBUL?
- amalkan minum air panas putih setiap hari
- sapu minyak panas di kaki sebelum masuk tidur
- hindarkan dari memakai kasut bertumit tinggi (bagi perempuan)
- tinggikan kaki dari kepala ketika tidur malam

TAPAK TANGAN KASAR
ambil sebiji bawang merah, kupas kulit nya setelah itu
hancurkan bawang merah tersebut dan sapu pada tangan
yang kasar tadi
RAWATAN PERUT KENDUR

ambil sebiji limau nipis
perah air nya pada piring
setelah itu ambil sedikit kapur sirih
dan gaulkan dengan limau nipis tersebut
ketika hendak tidur
anda sapukan bahan tadi pada perut anda
lakukan setiap malam
hingga anda memperolehi hasil

BERAS MERAWAT MUKA BERMINYAK

rendam beras anggaran setengah gelas
sampurkan daun cermai dan ibu kunyit
bahan-bahan ini hendaklah di kisar halus
seteleh itu bersihkan wajah anda
dan sapukan bahan-bahan ini
ketika anda hendak tidur
rawatan harus diteruskan selama seminggu
jika anda nampak hasilnya
buleh gunakan hanya seminggu sekali

BUNGA RAYA LEMBUTKAN RAMBUT

ambil 10 helai daun bunga raya bersihkan
setelah itu ramas dengan dua gelas air
sehingga keluar lendir
setelah itu sapukan pada rambut anda
sapu hingga ke akar rambut
biarkan selama 15 minit
anda akan terasa kulit kepala anda
sejuk dan nyaman
setelah itu barulah anda membilasnya
dengan air yang bersih
keringkan rambut anda dengan tuala
anda buleh lakukan kan seminggu 3 kali

TURUNKAN BERAT BADAN

ambil sebiji buah delima muda
kukus kulitnya setelah itu
kisar bersama secubit garam
dan setengah gelas air
setelah itu tapis air tersebut
sejukkan dalam peti sejuk.
Minum air ini
selepas anda makan tengahari
amalkan seminggu sekali
IsyaAllah berat anda akan turun

KECUTKAN PERANAKAN

bagi wanita yang mengalami masalah
peranakan kembang atau lepas kedatangan haid
bolehlah makan pucuk pegaga
dengan di buat ulam atau gulai
amalkan setiap hari
sehingga peranakan anda kecut

KELAPA TUA PELEMBAB MUKA

bersihkan muka anda dengan air suam
seteleh itu barulah cuci dengan air kelapa
biarkan air kelapa itu kering di muka
selama setengah jam
selepas itu barulah di bilas dengan air bersih
lakukan cara ini 3 kali seminggu
sehingga muka anda yang kelihatan kering
akan kelihatan lembab dan lebih berseri

MERAWAT KETIAK HITAM DAN BERBAU

anda boleh menyapukan
kapur sirih dan limau nipis
apabila anda selesai mandi
amalkan cara ini selama seminggu
anda akan dapati ketiak anda cerah
dan tanpa bau

BONGLAI KURUSKAN BADAN

ambil segengam asam jawa yang di perah pekat
sedikit akar kunyit dan akar bonglai
rebuslah bahan-bahan tersebut
dengan sukatan dua gelas air, biarkan mendidih
setelah sejuk
minumlah pada sebelah pagi
lakukan amalan ini sekali sehari

TOMATO PENCUCI MUKA

ambil sebiji tomato yang telah masak
bersihkan setelah di belah dua
sapukan tomato yang satu bahagian itu
ke kulit muka anda
biarkan kering selama beberapa minit
setelah itu cuci dengan air bersih
dan keringkan dengan tuala
tomato yang sebahagian lagi anda makan
atau di buat jus untok minum
amalkan petua ini selama seminggu
atau setelah kelihatan hasilnya

PINANG RAWAT TOMPOK HITAM DI MUKA

jika muka anda di tumbuhi tompak hitam
yang sukar di ubati anda buleh gunakan
buah pinang masak untuk mengubatinya
caranya : ambil sebiji pinang masak
kupas kulitnya setelah itu
di kacip dan sapukan pada tompok hitam
di muka anda
lakukan dua kali sehari sehingga sembuh

source: Ahlan Wasahlan Ila Qurrataaini's site

5 comments:

  1. uih....come aih.....berkenan. buat pelaris ke..haha. nice info dakwat.!

    ReplyDelete
  2. hahahaha...tu pelaris blog tuh....hahahhaa

    ReplyDelete
  3. haha..patut la come..haha. kalau aku ikut tips di atas, tanpa culas satu step, mybe aku akan jadi cun mcm tuh..haha

    ReplyDelete
  4. hahahahahha....kalo camtu aku gi ngorat kau je laaa....hahahahha

    ReplyDelete

My Blog List